Cepat sembuh lolo !
Aku cuba juga ubat yang beli kat petshop (macam colgate) untuk sapu kat mata, tak jalan, makin teruk je rasanya, macam nak terkeluar biji mata plus bengkak tepi mata. (rupanya aku salah taruk, memang la tak baik, haha)
Tak tau nak ubat cara apa lagi, endup buat keputusan pegi vaterina.
Macam ubat budak budak kan ?
Kat sana, tak ramai orang. Dan terasa bagai bawak anak pergi klinik. Hahaha mana tak nya, aku orang pertama masuk klinik, lepas keluar je ada pakcik duduk situ, tegor
"sakit apa ni"
"demam dengan sakit mata pakcik"
"ooo cepat sembuh la nanti, tak ada apa sangat"
"mata dia ni tak baik-baik, dah dekat 3 minggu"
"ni kene lap ni selalu mata dia ..blablablabla
Aku rasa lagi lama aku duduk situ, macam-macam cerita pasal kucing boleh dikongsi bersama pakcik, heee.
Dapat ubat, macam ubat manusia pula,
antibiotik (10 hari je kene makan, lebih kene buang)
b complex
selesema
ubat sakit mata
=
rm25.00
gulp.
Cepat sembuh lolo.
Oh ye, ni alamat klinik vaterina aku pergi tu
Pejabat Pekhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Johor Bahru
Jalan Kebun Teh
80250 Johor Bahru
nak tau klinik berdekatan rumah sila ke sini.
ps:
1. dia terima juga boarding (simpan kucing) in case balik bercuti kampung ke, murah ! bawah 3 bulan rm10, atas 3 bulan rm20 ! Makanan kite kena bagi la.
2. Untuk mandulkan kucing buat pembedahan pun murah ! rm100, kalau swasta rm150..
Bye.