Saturday, August 1, 2015

Checklist Baby Newborn & Mommy

Bila dah masuk 27 minggu ni. Mula la aku start menggelaba. Menggelaba ibarat macam esok nak exam tapi satu persiapan hapa pun kau tak buat lagi.

Hari-hari baca (okay tipu hari-hari, ada hari-hari aku bermalasan main game sepanjang hari hahaha) tips, pengalaman orang tapi itu pun rasa arghhh banyak lagi ilmu parenting yang perlu aku hadam. Ok, sekarang aku dah start menggelaba lagi.

Ini memang simtom new mummy ker? Ok aku normal.

Beberapa hari lepas aku baru siapkan checklist keperluan baby dan diri sendiri. Cedok dari perlbagai sumber. Sedikit sebanyak hilang sikit perasaan menggelaba ni. Tapi tapi tapi aku confius pula, berapa banyak nak beli barang barang ni semua (-_-)"

Ok ni checklist yang aku buat...
Kuantiti tu cuma estimate sahaja. Tak tahulah perlu sebegitu banyak atau tidak.


Checklist untuk mommy ni ini sahaja ke? Kuantiti blur sekejap hurm....



Ok itu je. Mommy - mommy yang berpengalaman marila berkongsi-kongsi. Boleh PM dekat Facebook :)

Bye.

Hari Raya

Selamat hari raya! Masih belum terlambat rasanya.

Raya tahun ni giliran rumah aku. InsyaAllah next year giliran rumah Yun. Sama semacam raya yang lepas bezanya Cuma ada pertambahan ahli keluarga! Yun la tu hehe.

Pertama kali raya sebagai isteri orang dan berbadan dua. Cliché giler ayat, haha.

Perasaan? Cliché lagi..
Excited  + Kepenatan = seronok

Kami tak banyak bergambar. Bila beraya betul-betul beraya sampaikan handphone masing-masing tak berusik. Bawak camera tapi statue di dalam beg.

Aktiviti raya: Berbual-bual bual bual lepastu makan lepastu salam lepastu balik.


Ok. Itu je.
Bye.