Friday, November 7, 2014

Pindah Rumah

We are in the midst of moving new house. Terima kasih dekat husbengg, bersusah payah untuk ini :)

Dalam kita excited nak pindah, terlupa ada adab-adab? yang sepatutnya kita buat. Terima kasih Fathiyah & Norizan sebab menjadi reminder.

Aku baru je google. Dan terjumpa ini. Lets share, semoga bermanfaat untuk semua..

Sumber: http://saipolbarin.blogspot.com/2012/11/ayat-al-quran-sebagai-pagar-rumah.html

Bila masuk rumah baru, antara perkara yang perlu dilakukan ialah pastikan pagar rumah dalam keadaan baik. Zaman sekarang ni, pagar rumah dah jadi macam satu keperluan. Rumah yang berpagar dan berkunci pun kena pecah juga. Setelah kita berusaha, urusan selebihnya serah kepada Allah s.w.t.

Dalam Islam untuk memastikan rumah dan isi rumah terselamat dari sebarang jenayah dan gangguan, jangan dilupa untuk memagarnya dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an Al-Karim. Rumah yang tidak dibaca dengan ayat Al-Qur’an di dalamnya seumpama kubur yang gelap, suci dan sepi. Oleh itu janganlah kita jadikan rumah kita seumpama kubur.

Trend sekarang ramai yang telah berminat semula kepada cara Islam termasuklah dalam urusan memagar rumah. Rumah dipagar bukan sekadar dari pelakuan jenayah, tapi yang lebih utama dari gangguan makhluk halus seperti iblis, syaitan, jin, sihir dan sebagainya.  Tapi yang masalahnya, ada kumpulan tertentu yang menjadikan urusan memagar rumah ni sebagai bisnes. Kos untuk memagar rumah bergantung kepada keadaan rumah dan pemiliknya. Paling murah pun kosnya RM500 ke atas. Kalau sehari boleh pagar sebiji rumah, sebulan dapat 10 biji rumah pun dah cukup.

So untuk menjimatkan kos, dan mudah-mudahan lebih berkat, eloklah buat sendiri. Sebab kalo diri sendiri yang berdoa kepada Allah s.w.t, Insya Allah doa tersebut lebih kyusuk dan mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkannya. Terdapat banyak ayat untuk memagar rumah yang menjadi amalan ulama terdahulu. Kalau buka tafsir Ibn Kathir, boleh rujuk tafsiran surah Al-Baqarat bab fadhilat dan kelebihan surah Al-Baqarat. Ada ayat yang berkaitan dengan pendinding rumah agar tidak dimasuki oleh syaitan. Amalan ayat untuk memagar rumah antaranya:

1. Keseluruhan surah Al-Baqarah. Kalo baru nak masuk rumah/baru pindah, sebelum mula tidur kat rumah tu eloknya baca satu surah Al-Baqarat dalam rumah tersebut. Lagi bagus kalo ada ramai yang boleh membaca, setiap orang baca pada setiap penjuru rumah. Sebab rumah yang dibacakan dengan surah Al-Baqarah syaitan tidak akan masuk. Kalo jin dan syaitan sedia ada dalam rumah tersebut, maka ia akan bertempiaran lari. Kalo dapat diulang bacaaan surah Al-Baqarat ini sebanyak tiga kali.

2. Sekiranya rasa agak berat untuk membaca surah Al-Baqarat secara keseluruhan disebabkan oleh halangan-halangan tertentu, makan ringkasannya dengan membaca 11 ayat dari surah Al-Baqarah. Ayat-ayat tersebut ialah:

Nombor ayat
Ayat
1-5
الـم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
255-257
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِيالسَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (256) اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
284-286
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (284) آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ  مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)


Seterusnya membaca 4 ayat dari surah Ali ‘Imran dan 1 ayat dari surah Al-Mukminun:

Ali ‘Imran
Ayat
18-19

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)
26-27
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27)
Al-Mukminun
Ayat
29
وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ (29)

Langkah seterusnya, laungkan azan dekat setiap bilik dan setiap penjuru rumah. Setelah selesai azan maka rejamkan syaitan/iblis/jin dengan membaca ayat dibawah ditapak tangan kemudian isyaratkan lontaran ketiang sebanyak tiga kali. Bacaan tersebut ialah:

بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِه.

Maka selesailah urusan memagar rumah. Kalau dapat buat sebanyak 7 hari berturut-turut. Sekiranya tak dapat 3 hari berturut-turut. Kalau tak dapat juga, sekali pun oklah dari tak ada langsung. Paling TERBAIK baca tiap-tiap hari kat rumah. Bukan panjang pun ayatnya. Kalaulah kita perasan, semua ayat ni ada dalam Al-Mathurat kecuali ayat dari 18-19 surah Ali Imran dan ayat 29 dari surah Al-Mukminun. So Al-Mathurat kita baca setiap pagi dan setiap petang, ayat 18-19 surah Ali Imran pula kita baca dalam wirid selepas sembahyang dan ayat 29 surah Al-Mukminun plak kita baca setiap kali pulang dan masuk ke dalam rumah. Jadi, sebenarnya amalan harian kita ini adalah bacaan-bacaan untuk memagar rumah, so tak perlulah panggil orang untuk memagarkannya. Insya Allah memagar rumah dengan ayat-ayat Al-Qur’an lebih hebat dari mengawasinya dengan CCTV.

Thursday, November 6, 2014

Dendam Orang Mati

Dendam Orang Mati

It was our first movie after married!

Balik lambat pun tak apa. Even belum dapat sijil kawen :P Kertas merah pun lupa nak bawak that day, tapi inai ada lagi and loads of picture in my hp as a proof? Boleh terima tak Haha

Ok

Yun pilih movie ni. Well not bad at all cerita ni. Kami enjoy every scene.

Mula-mula bila patung ni muncul agak scary jugak. Ingatkan cerita ni ala-ala Anabell tak pun chucky, usually typical movie melayu kan banyak di adaptasi dari negara luar kan.

Rupanya, salah. Patung ni terlupa nama dia, pemberian bapa Lena. Kemana-mana je dengan patung ni.


Yang ni baru-baru lagi ni. Baru keluar hospital. Lena/ Lisa baru terjaga dari koma. Mula-mula aku ingat Min/Meira ni adik Lena. Yela tak baca sinopsis, tengok thriller apatah lagi.

Rupanya, Min/Meira ni isteri ke 2 Sahrul/Fizz Fairuz. Lagi sekali aku ingat dia baik. Sebabnya masa ni siap hidang-hidang makanan semua tapi ces meleset.


Ini scene throwback. Macam mana tingkat 4 boleh terbakar. Ini dah hampir-hampir akhir. Selapas klimaks.
Yang sedihnya, Lena bagi ubat tidur dekat anak dia. Masa ni baru la tau macam mana anak dia mati.

Sedih sikit part ni. Serius, tak tipu.


Masa ni, Lena suruh Sahrul datang teman kan dia. Sebab Lena takut tinggal rumah yang dia tinggal sekarang ni. Plus setiap kali dia nik lif, macam-macam dia nampak. Ok part ni memang la seram.

Even though macam boleh predict. Tapi watak aneh seram ni keluar secara tiba-tiba, seram mak. Aku tutup mata setiap masa except scene ni.

Oh ya, masa ni, si Sahrul ni pergi tengking Lena. Lena tak jadi makan terus bangun nak beredar macam tu.


Lena jadi psiko. Jadi! Bravo Lisa. Ni dia tengah cakap dengan Min. Ni pun masa klimaks.

Lena boleh tahu yang Min ni jahat, nak ambil harta dia. Lena ni kaya kot. Sangat-sangat.


Ini masa Lena dapat spirit? anak dia tunjukkan apa yang berlaku. Budak ni so cuteeeeee. Sedih sikit part ni.

Macam mana tingkat 4 terbakar. Apa sebenarnya berlaku keselurahan cerita.


Dah habis. Endup Lena masuk tempat orang gila.

Rasa geram dengan Sahrul, Min dengan Pak Man. Argh! Tak sangka betul ending dia. Tapi aku rasa tajuk dia tak sesuai je Dendam Orang Mati?

3.5/5 star
Bye!




Wednesday, November 5, 2014

Puding Kastard Berkuah

Ada jugak orang panggil puding koktel berkuah. Banyak versi, confius mana yang sepatutnya :D.

Fathiyah Kamaludin! Respi ni khas untuk kau. Aku harap menjadi sebab aku macam dah lupa-lupa sikit nak buat dia ^_^"

Bahan-bahan

Puding Kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air masak
1 cawan susu cair

Cara-cara
Masukkan semua bahan, panaskan dengan api kecil dan kena sentiasa kacau. Sebab kalau jarang-jarang kacau sometimes tak rata. Macam buat lempeng letak air, kalau tak kacau betul-betul kan macam berbiji-biji. So sentiasa kacau k. 

Kacau sampai jadi likat. Tuang kat loyang atau mana-mana acuan yang tahan kepanasan. Sejukkan dan kalau nak best masukkan dalan peti ais semalaman, esok makan :D sebab aku suka makan sejuk-sejuk. Tapi ini tak kesah, asalkan dah sejuk dan boleh dipotong bolehlah dipotong dan makan. Tapi better jangan potong tengah panas-panas sebab nanti dia jadi lembek, bila potong tak berapa cantik. 

Kuah
 1 tin susu cair
2 tin air masak
1 tin fruit koktail
1/3 gula
2 sudu tepung kastard

Cara-cara
Masukkan susu cair seten, 2 tin air masak. ikut sukat tin susu) Air ni boleh sesuka hati, kalau nak cair..boleh tambahkan lagi air. Masukkan fruit koktail buah sahaja, air dia boleh buat minum. Masukkan gula sekucup rasa dan 2 sudu atau 1 sudu tepung kastard, untuk bagi kaler kuning. 

Panaskan dekat api sederhana sampai didih. Lepastu..

Siap!

Dah boleh makan

:D

Selamat mencuba Yah! Aku tak ada photo puding aku sendiri sebab dah lama tak buat.