USS 2012
Macam baru je pergi. Rupanya dah hampir 2 tahun.
Time flies like a rocket - Ijan kata
Haha
Tapi realiti.
/
/
Sebelum ke sini, aku dan Ijan ada juga baca-baca tips dari blogger lain yang dah pergi sini. Terima kasih! Memang sangat membantu.
Tips dari aku? Ini tips sebelum ke sana. Semasa di sana lain entri rasanya ^^ (dasar kerajinan melampau, harap dimaafkan)
1. Pergi bukan masa musim tengkujuh.
2. Untuk mengelakkan kesesakan yang super duper, boleh la pergi waktu bekerja.
ATAU
3. Beli Universal Express pass. Tak perlu tunggu lama untuk main satu permainan.
4. Bawa baju lebih, sebab bila petang nak balik tu bolehla tukar dulu. Lagi-lagi yang naik public macam kami haritu. (kiteorang naik MRT, letih gila! Aku syorkan naik bas direct dari Sentosa ke JB. Cepat dan tak penat sangat dan boleh tidur dalam bas)
5.Pakai baju yang sesuai, tshirt dan kasut pun okay. Janganla ke sana pakai dress dengan heels, tak sesuai uols.
6.Solat? tak perlu risau. Ada surau dekat sana, agak selesa dan berhawa dingin.
7. Makan..kami tapau berbuku-buku roti sumbat dalam beg.
8. Camera! patut aku letak no 1. Kalau memang kaki gambo, rugila kalau tak bawak camera. Lainlah kalau ada google glass (krik krik krik)
9. Tiket! ini paling utama. Masa aku pergi aku beli tiket dekat Groupon, RM160 dapat 1 tiket dewasa ke USS, 1 tiket ke Maritime, 1 tiket ke... lupa ^^". Tapi memang berbaloi. Cubala tengok-tengok dekat surat kabar ke, groupon, travel agency ke mana tau ada promotion cenggini lagi kan. Untung. Tapi kalau tak nak, boleh je beli on the spot, but make sure sampai early sebab orang beratur boleh tahan ramai. Dan kau mestila nak masuk sana sebaik je pintu di buka kan? kan? kalau tak terasa rugi (merujuk diri sendiri, ^^"v)
Ok
Bye
http://www.rwsentosa.com/
ps: Rasanya tips ni boleh lagi digunakan even 2 tahun lalu punya cerita