Thursday, December 25, 2014

ATV Park Kulai

Tough betul

22/12/14- Ahad

Plan untuk ber ATV akhirnya menjadi. Idea nak ke sini terpop up erm 3 minggu lalu? Ni semua gara-gara The Orange Frog. (Lain hari KALAU berkesempatan ter post la entri Orange Frog)

Tempat yang kami pergi ni dekat Hutan Bandar Kulai. First time datang sini, besar betul tempatnya siap ada rental basikal, next time nak datang main basikal pulak.

Kalau masih terpinga-pinga dimana Hutan Bandar Kulai ni. Jangan risau, on saja waze anda, type Hutan Bandar Kulai nescaya sampai dan tidak kesesatan melainkan data internet anda di ambang bahaya.

Oklah

Kami telifon En. Man 2 minggu sebelum terjadinya aktiviti ni. Untuk survey harga dan kira-kira bajet.

Ada 3pakej seperti terteranya di bawah:-

Track A Jungle Offroad (15 minit) : RM20
Track B Jungle Offroad (30 minit) : RM40
Track C Jungle Offroad (45 minit) : RM60
Track D Jungle Offroad (60 minit) : RM80

En Man ni sungguh baik hati. Instead of RM80 dia cas kami RM70 seorang untuk 60minit. Tapi rasanya lebih 60minit. Sebab perjalanan dia memang penuh pancaroba. Rantai ATV aku tercabut tanpa disedari mujur tak putus. ATV Wani(kawan satu kerja) terbalik. ATV diri sendiri tidak dapat naik dekat bukit. Percayalah, bukan lagu Siti Nurhaliza.

Ini juga pengalaman pertama membawa ATV yang mempunyai gear seperti motor. Sesungguhnya motor pun aku tak pernah bawak. Tabah saja belajar on the spot. Belajar tekan gear 1 dan 2 endup aku gunakan gear 1 sepanjang masa. Bunyi mengaum aku abaikan sepanjang masa. Biar lambat asal selamat.

Kami mula aktiviti ini dalam 11.30 pagi dan selamat sampai pada pukul 1.30 petang dengan keletihan dalam kegembiraan. We manage to complete the track!

Selepas sampai terus ambil bekalan dan kami makan se-macam di rumah sendiri tanpa segan silu. Dan tanpa pelawa Abe (orang yang bawa kami jalan-jalan meredah pancaroba) DAN dalam tidak berbayar RM70 hahaha. Maafkan kami.

Oh ya, boleh visit mereka punya facebook di sini. Click SINI. No telifon En Man dan rakan-rakan seperti di bawah: -

En Man - 018-755 7744
En Fauzan - 017 - 730 7717

Baikla itu sahaja sari berita tak penting. Tatapilah gambar kami ini sebagai penutup. Tak nak tatap tak apa, boleh tinggalkan post ini begitu sahaja. 






Half way perjalanan











Air mata air?


Selepas berpenat lelah, dan selepas makan
Abe, Yun, Fadhli, Wani, Diri sendiri
PS: Sumber gambar dari perlbagai. Gambar di ambil bila tengah berhenti dan pabila jalan tidak berliku-liku kehidupan.  Sususan gambar juga berteraburan, tak apalah, redhaa.


Monday, December 22, 2014

Rawak #10

Kesukaan Yun
Pejam celik (aku selalu cakap kejam pelik) sudah pun bulan 12, 2014.

Tahun 2014 merupakan tahun yang paling dingati. Tahun di mana aku bertukar status dari bujang kepada tunangan orang dan dari tunangan orang bertukar kepada isteri orang. Syukur sangat DIA permudahkan semuanya.

Diakui menjadi seorang isteri PJJ ni bukan mudah. Mulut ni kadang-kadang laju je nak menyakitkan hati. Yelah, hidup sendiri dengan berkeluarga sendiri agak lain. Macam mana nak adapt dengan keluarga mertua, adik beradik nya, kawan-kawan yang memang serius kontra dari kehidupan 25 tahun ni.  Masih lagi menyesuaikan diri. Hopefully 2015 dan tahun seterusnya akan lebih tersusai diri dengan meraka. Learning process is never ending kan.

Dan! Ini memang patut di ingat bagi yang belum berumah tangga. Kehidupan lepas berkahwin ni tak selalunya indah dalam novel-novel, cerita drama tv yang aku tengok tu. So far away!  Kehidupan lepas berkahwin adalah satu benda baru yang semuanya baru.  

Kalau pernah dengar ini, can’t deny, it so true..

Most people get married believing a myth that marriage is beautiful box full of all the things they have longed for; Companionship, intimacy, friendship etc ... The truth is, that marriage at the start is an empty box, you must put something in before you can take anything out. There is no love in marriage, love is in people, and people put love in marriage. There is no romance in marriage, you have to infuse it into your marriage. A couple must learn the art, and form the habit of giving, loving, serving, praising, of keeping the box full. If you take out more than you put in, the box will be empty



:)

Friday, November 7, 2014

Pindah Rumah

We are in the midst of moving new house. Terima kasih dekat husbengg, bersusah payah untuk ini :)

Dalam kita excited nak pindah, terlupa ada adab-adab? yang sepatutnya kita buat. Terima kasih Fathiyah & Norizan sebab menjadi reminder.

Aku baru je google. Dan terjumpa ini. Lets share, semoga bermanfaat untuk semua..

Sumber: http://saipolbarin.blogspot.com/2012/11/ayat-al-quran-sebagai-pagar-rumah.html

Bila masuk rumah baru, antara perkara yang perlu dilakukan ialah pastikan pagar rumah dalam keadaan baik. Zaman sekarang ni, pagar rumah dah jadi macam satu keperluan. Rumah yang berpagar dan berkunci pun kena pecah juga. Setelah kita berusaha, urusan selebihnya serah kepada Allah s.w.t.

Dalam Islam untuk memastikan rumah dan isi rumah terselamat dari sebarang jenayah dan gangguan, jangan dilupa untuk memagarnya dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an Al-Karim. Rumah yang tidak dibaca dengan ayat Al-Qur’an di dalamnya seumpama kubur yang gelap, suci dan sepi. Oleh itu janganlah kita jadikan rumah kita seumpama kubur.

Trend sekarang ramai yang telah berminat semula kepada cara Islam termasuklah dalam urusan memagar rumah. Rumah dipagar bukan sekadar dari pelakuan jenayah, tapi yang lebih utama dari gangguan makhluk halus seperti iblis, syaitan, jin, sihir dan sebagainya.  Tapi yang masalahnya, ada kumpulan tertentu yang menjadikan urusan memagar rumah ni sebagai bisnes. Kos untuk memagar rumah bergantung kepada keadaan rumah dan pemiliknya. Paling murah pun kosnya RM500 ke atas. Kalau sehari boleh pagar sebiji rumah, sebulan dapat 10 biji rumah pun dah cukup.

So untuk menjimatkan kos, dan mudah-mudahan lebih berkat, eloklah buat sendiri. Sebab kalo diri sendiri yang berdoa kepada Allah s.w.t, Insya Allah doa tersebut lebih kyusuk dan mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkannya. Terdapat banyak ayat untuk memagar rumah yang menjadi amalan ulama terdahulu. Kalau buka tafsir Ibn Kathir, boleh rujuk tafsiran surah Al-Baqarat bab fadhilat dan kelebihan surah Al-Baqarat. Ada ayat yang berkaitan dengan pendinding rumah agar tidak dimasuki oleh syaitan. Amalan ayat untuk memagar rumah antaranya:

1. Keseluruhan surah Al-Baqarah. Kalo baru nak masuk rumah/baru pindah, sebelum mula tidur kat rumah tu eloknya baca satu surah Al-Baqarat dalam rumah tersebut. Lagi bagus kalo ada ramai yang boleh membaca, setiap orang baca pada setiap penjuru rumah. Sebab rumah yang dibacakan dengan surah Al-Baqarah syaitan tidak akan masuk. Kalo jin dan syaitan sedia ada dalam rumah tersebut, maka ia akan bertempiaran lari. Kalo dapat diulang bacaaan surah Al-Baqarat ini sebanyak tiga kali.

2. Sekiranya rasa agak berat untuk membaca surah Al-Baqarat secara keseluruhan disebabkan oleh halangan-halangan tertentu, makan ringkasannya dengan membaca 11 ayat dari surah Al-Baqarah. Ayat-ayat tersebut ialah:

Nombor ayat
Ayat
1-5
الـم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
255-257
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِيالسَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (256) اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
284-286
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (284) آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ  مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)


Seterusnya membaca 4 ayat dari surah Ali ‘Imran dan 1 ayat dari surah Al-Mukminun:

Ali ‘Imran
Ayat
18-19

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)
26-27
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27)
Al-Mukminun
Ayat
29
وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ (29)

Langkah seterusnya, laungkan azan dekat setiap bilik dan setiap penjuru rumah. Setelah selesai azan maka rejamkan syaitan/iblis/jin dengan membaca ayat dibawah ditapak tangan kemudian isyaratkan lontaran ketiang sebanyak tiga kali. Bacaan tersebut ialah:

بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِه.

Maka selesailah urusan memagar rumah. Kalau dapat buat sebanyak 7 hari berturut-turut. Sekiranya tak dapat 3 hari berturut-turut. Kalau tak dapat juga, sekali pun oklah dari tak ada langsung. Paling TERBAIK baca tiap-tiap hari kat rumah. Bukan panjang pun ayatnya. Kalaulah kita perasan, semua ayat ni ada dalam Al-Mathurat kecuali ayat dari 18-19 surah Ali Imran dan ayat 29 dari surah Al-Mukminun. So Al-Mathurat kita baca setiap pagi dan setiap petang, ayat 18-19 surah Ali Imran pula kita baca dalam wirid selepas sembahyang dan ayat 29 surah Al-Mukminun plak kita baca setiap kali pulang dan masuk ke dalam rumah. Jadi, sebenarnya amalan harian kita ini adalah bacaan-bacaan untuk memagar rumah, so tak perlulah panggil orang untuk memagarkannya. Insya Allah memagar rumah dengan ayat-ayat Al-Qur’an lebih hebat dari mengawasinya dengan CCTV.

Thursday, November 6, 2014

Dendam Orang Mati

Dendam Orang Mati

It was our first movie after married!

Balik lambat pun tak apa. Even belum dapat sijil kawen :P Kertas merah pun lupa nak bawak that day, tapi inai ada lagi and loads of picture in my hp as a proof? Boleh terima tak Haha

Ok

Yun pilih movie ni. Well not bad at all cerita ni. Kami enjoy every scene.

Mula-mula bila patung ni muncul agak scary jugak. Ingatkan cerita ni ala-ala Anabell tak pun chucky, usually typical movie melayu kan banyak di adaptasi dari negara luar kan.

Rupanya, salah. Patung ni terlupa nama dia, pemberian bapa Lena. Kemana-mana je dengan patung ni.


Yang ni baru-baru lagi ni. Baru keluar hospital. Lena/ Lisa baru terjaga dari koma. Mula-mula aku ingat Min/Meira ni adik Lena. Yela tak baca sinopsis, tengok thriller apatah lagi.

Rupanya, Min/Meira ni isteri ke 2 Sahrul/Fizz Fairuz. Lagi sekali aku ingat dia baik. Sebabnya masa ni siap hidang-hidang makanan semua tapi ces meleset.


Ini scene throwback. Macam mana tingkat 4 boleh terbakar. Ini dah hampir-hampir akhir. Selapas klimaks.
Yang sedihnya, Lena bagi ubat tidur dekat anak dia. Masa ni baru la tau macam mana anak dia mati.

Sedih sikit part ni. Serius, tak tipu.


Masa ni, Lena suruh Sahrul datang teman kan dia. Sebab Lena takut tinggal rumah yang dia tinggal sekarang ni. Plus setiap kali dia nik lif, macam-macam dia nampak. Ok part ni memang la seram.

Even though macam boleh predict. Tapi watak aneh seram ni keluar secara tiba-tiba, seram mak. Aku tutup mata setiap masa except scene ni.

Oh ya, masa ni, si Sahrul ni pergi tengking Lena. Lena tak jadi makan terus bangun nak beredar macam tu.


Lena jadi psiko. Jadi! Bravo Lisa. Ni dia tengah cakap dengan Min. Ni pun masa klimaks.

Lena boleh tahu yang Min ni jahat, nak ambil harta dia. Lena ni kaya kot. Sangat-sangat.


Ini masa Lena dapat spirit? anak dia tunjukkan apa yang berlaku. Budak ni so cuteeeeee. Sedih sikit part ni.

Macam mana tingkat 4 terbakar. Apa sebenarnya berlaku keselurahan cerita.


Dah habis. Endup Lena masuk tempat orang gila.

Rasa geram dengan Sahrul, Min dengan Pak Man. Argh! Tak sangka betul ending dia. Tapi aku rasa tajuk dia tak sesuai je Dendam Orang Mati?

3.5/5 star
Bye!




Wednesday, November 5, 2014

Puding Kastard Berkuah

Ada jugak orang panggil puding koktel berkuah. Banyak versi, confius mana yang sepatutnya :D.

Fathiyah Kamaludin! Respi ni khas untuk kau. Aku harap menjadi sebab aku macam dah lupa-lupa sikit nak buat dia ^_^"

Bahan-bahan

Puding Kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air masak
1 cawan susu cair

Cara-cara
Masukkan semua bahan, panaskan dengan api kecil dan kena sentiasa kacau. Sebab kalau jarang-jarang kacau sometimes tak rata. Macam buat lempeng letak air, kalau tak kacau betul-betul kan macam berbiji-biji. So sentiasa kacau k. 

Kacau sampai jadi likat. Tuang kat loyang atau mana-mana acuan yang tahan kepanasan. Sejukkan dan kalau nak best masukkan dalan peti ais semalaman, esok makan :D sebab aku suka makan sejuk-sejuk. Tapi ini tak kesah, asalkan dah sejuk dan boleh dipotong bolehlah dipotong dan makan. Tapi better jangan potong tengah panas-panas sebab nanti dia jadi lembek, bila potong tak berapa cantik. 

Kuah
 1 tin susu cair
2 tin air masak
1 tin fruit koktail
1/3 gula
2 sudu tepung kastard

Cara-cara
Masukkan susu cair seten, 2 tin air masak. ikut sukat tin susu) Air ni boleh sesuka hati, kalau nak cair..boleh tambahkan lagi air. Masukkan fruit koktail buah sahaja, air dia boleh buat minum. Masukkan gula sekucup rasa dan 2 sudu atau 1 sudu tepung kastard, untuk bagi kaler kuning. 

Panaskan dekat api sederhana sampai didih. Lepastu..

Siap!

Dah boleh makan

:D

Selamat mencuba Yah! Aku tak ada photo puding aku sendiri sebab dah lama tak buat.


Saturday, October 4, 2014

Kiki's Delivery Service

Lagi cerita dari Hayao Miyazaki. Me like it very much!



Tergiang-giang sountrack dia.

/
/

Movie yang sangat light.
Banyak sangat moral.

Nak tengok dengan baby la nanti :D

Bye!

Friday, October 3, 2014

31/08/14 - 9.49am


31/08/14 - 9.49am 

Ps: rindu dekat lelaki belah kanan ni. 

Friday, September 19, 2014

Patema Inverted


Baru lepas tengok cerita ni malam tadi seorang diri. Husband jauh nun di sana. * nanti kita tengok sama-sama lagi okay abang  (^_* )v

Tertarik sebab cover dvd gambar budak lelaki dan perempuan terbalik saling berpeluk, eskperesi muka penuh 1001 curiosity.

Sebab tu terbeli

HEHE
/
/

Movie ni berkenaan satu dunia yang mempunyai 2 graviti. Satu yang macam kita sekarang ni dan satu lagi terbalik.

Aiga dunia yang sama macam kita. There are strict laws and everyone has to abide by them. Ada watak utama dekat dunia Aiga, Eiji nama dia. Hensem, even katon :P

Lagi satu tempat adalah Patema’s world where gravity works the opposite way. Patema seorang puteri di situ. Patema bukan nama tempat dia adalah watak heroin la nampaknya. Patema ni seorang yang adventures. Dia ada sifat keinginan yang tinggi, suka explore.

Patema

Ok. Tempat Patema ni sangat berlainan dengan Eiji. It’s a free land where people are not strictly bound by laws. Kira macam dunia sisi gelap.


Aku macam tak berapa faham macam mana semua ni jadi upside down. Macam mana boleh wujud 2 graviti. Eh cop, aku rasa aku tahu sikit.

Dia terjadi bila masa lalu ada experiment related dengan gravity. Experiment failed which lead to angered Mother Earth.  Gravity went haywire, and the place where the experiment was carried out and the people who lived there started to experience a repulsive force from the Earth towards the sky. Ramai yang terkorban dan few yang terselamat dan hey itula mereka (Aiga).


Ada la cerita bila Patema kena tangkap dekat dunia Aiga. Macam mana dieorang nak selamat Patema dan lalalala. (Part ni sangat mendebarkan, panjang nak cerita kena tengok sendiri )

Ada watak Lagos, Porta, Jaku, Age dan lain-lain.
Mula-mula aku tertanya  dunia siapa yang terbalik dan siapa yang ter inverted Patema atau Eiji (Aiga).

/
/

Conclusion sendiri. Dan rasa memang logik :P

Aiga merupakan dunia inverted. Reason? kena tengok sendiri.
Teheee!

Thursday, September 18, 2014

-18 Hari

Sudah 18 hari bergelar isteri. Dah tak ada countdown macam post sebelum ni. Konon je tu, excited lebih HEHE.









Thursday, August 21, 2014

Gentle Reminder

3 things should NEVER break:

1. Trust
2. Promises
3. Hearts

Monday, August 18, 2014

15 Hari | Final Fitting


Final fitting sebelum majlis.
Yay!

Baju batman dah siap.
Baju pendekar lelaki pun dah siap. Syukor.

Semoga semuanye berjalan dengan lancar. Amin.

Saturday, August 16, 2014

16 Hari | Jumpa Sakinah


Sakinah.
Antara kawan yang lama gila aku tak jumpa. Kali terkahir jumpa adalah form 3. Almost 10 years!

Rindu awak.
Terima kasih sebab terbuka hati nak jumpa.
Terima sebab belanja cheeezeeewedgeeeess :P

Sakinah tak dapat datang masa reception 31/08. Kengkangan kerja.
Tak apa kawan.

Ini pun dah cukup bermakna.

Terima kasih.


ps: orang pertama bagi hadiah hihihi

Thursday, August 14, 2014

17 Hari | Pantang & Petua

Candy, Susan, diri sendiri

Harini dapat petua dari Susan. She is half chinese, half baba nyonya.
Nak percaya pun tidak cuma dengar.

Dengar dari orang yang berpengalaman.

Bakal pengantin

  • Jangan bagi sesiapa kecuali keluarga pegang barang-barang pengantin. Mereka percaya, bakal pengantin ada seri sangat tinggi. Takut clash atau orang yang pegang ada niat yang tak elok dan akan follow kita. 
  • Seminggu sebelum majlis, tak boleh attend mana-mana ceremony or event samada event kegembiraan atau kesedihan. Alasan sama macam dekat atas.

Mengandung, Bersalin, Melawat

  • Bila buat sesuatu kerja, jangan duduk nampak bayang-bayang dekat depan kita. Risau anak kena benda tak elok. Contohnya, sumbing sebab mereka percaya kite terpotong bayang-bayang kita sendiri.
  • Bila melawat baby baru lahir. Tak boleh terus tengok baby. Kena duduk at least 5 hingga 10 minit, baru boleh tengok baby. Mereka percaya baby baru lahir bersih, kita kotor dan kalau kita terus pergi dekat baby risau baby akan terlekat bad luck mereka.
  • Lepas bersalin wajib pakai setokin. Mereka percaya ibu jari kaki wajib di jaga. Once berdarah maksudnya petanda buruk dekat kita dan baby.
/
/

Lepas Susan dah bercerita panjang lebar, aku tanya lagi.
Apa petua untuk potong bawang tak pedih mata? 

"Pedih mata is good what... Menangis is good that is means you are very care about your family, no need petua" - Susan ketawa tapi serius. 

Hehehe kalau kita percaya badan ada banyak angin kan?

Susan sambung lagi. 

" You know if something in your eye, you try take a little bit of salt and put it on your torque then swallow it, it works really, try it" 

Comel betul. 
Thank you Susan. 

Tuesday, August 12, 2014

19 Hari


Harini seorang student Korea, Park bagi aku ini.

Mask!
Dalam kehidupan ini, aku jarang sangat la pakai mask. Adalah 2 kali macam tu.

Park datang dan cakap ini dan berlalu pergi.

"Farah, you use this, 2 times per week. 1 time this week, 2 times next week & the following week. For your wedding, can't wait to see you!"

Comel betul. Thank you Park.

Robin Williams (July 21, 1951 – August 11, 2014)


I have known him since Jumanji the movie.

Thank you for my childhood memories.
Will miss u Robin Williams. 

Monday, August 11, 2014

Throwback | Kampung Glam


Kampung Glam.

Selalu nampak shot ni dekat mana-mana flyer atau pamphlet. Kali ni ada shot diri sendiri. Hahaha.


Throwback | Jurong Birdpark





Pergi sini 2 tahun lepas, 22 November 2012

Lekla dah nama throwback.
Banyak lagi gambar bakal menyusul.

Teheee!

Throwback | Garden by The Bay


Gambar ni, gambar 2 tahun lalu. Tahun 2012.

Demi nak nampakkan bunga-bunga dekat macam tv kiri kanan belakang tu. Ada seorang yang tak dikenali tapi amatur dan ada camera best tologn kami ambil gambar. Mengunnakan camera ametur dia.

Nampak macam biasa kan tapi serius bila guna camera atau phone hasil memang aneh. Gelap gelita bagai gua. Kalau ada pun guna flash jadi terang seterang terang benderang.

Terima kasih!

20 Hari


20 hari lagi untuk bertukar status. Cepatnye!

Baru terasa semalam main-main mata dah nak kahwen dah. Time really flies like a rocket.

Checklist untuk 20 hari je lagi ni sebelum aku hilang sedikit ingatan.

WAJIB Followup:

1. RELA (Done)
2. Bridal (On going)
3. Kompang (On going)
4. Catering (Done)
5. Ustaz (Jurunikah)

Now aku dah lupa apa perlu aku lakukan. Oh!

6. Henna
7. Telur pindang (Done)
8. Homestay (Done)
9. Hotel (Done)

What else?

10. Create event dekat FB (Done)
11. Print signboard

Sakit perut tiba-tiba, lupa lagi. (akan di update bila teringat)
Lagu “selamat pengantin baru, semoga lalala” dah bermain-main di kepala. Argh.


Semoga semuanya dipermudahkan. Amin. 

Monday, July 14, 2014

Ramadan Kareem


Sumber: Google

Monday, February 24, 2014

Entah, Rindu Mungkin

I’ve been transferred to another department almost a year. Rindu sebenarnya LTC, sebab nya student ni selalu panggil teacher. Hehe, eventhough memang tak ada qualification jadi teacher pun sebenarnya, student tetap panggil.

Teacher Farah, teacher happy, teacher haha dan macam –macam lagi. The best part, bila time graduation mereka, aku sekali terinvolve dan sama-sama gembira. Tapi bukan suka-suka la, aku kena ambil gambar mereka, tapi yela dah alang-alang berseronok la sekali :P

Yang paling mencabar nye di LTC bila ada computer problem, projector problem, apa-apa je problem berkaitan dengan computer, internet, router la apa la macam-macam. Kerja ni sesuai untuk IT punya orang I guess? Tapi what to do? Kerja..tak suka pun kena buat, tak tahu kena belajar.

Sekarang, stress nye makin stress. Bila berdepan dengan student yang Ya tuhan degil tak hingat dunia. . 

Tapi, ada juga student yang selalu  make my day bila.

Muka stress terpancar bila memang betul-betul stress. Dan mula la si budak-budak arab ni “u look so stress, smileeee” dan terus okay mood hari itu. Dipaksa senyum even kelat baru belah hehe.

Now,  ada seorang budak arab panggil aku Fa Ro Ha instead of farah. Dan claim me as his sister. Dan dia pun nakal, suka kacau perempuan, suka mengusha perempuan especially Chinese. Hehe so cute, as long die nakal yang dengar kata im okay.

Ah! Sebenarnya dah lama tak dengar student panggil panggilan selain farah  ^^”

Bye! Sambung buat kerja. 

Saturday, February 1, 2014

26-28/5/13 - Pulau Redang


Ternampak promotion Redang Mutiara Resort dekat FB. Terus kembali ke nostalgia Pulau Redang tahun lepas, eewaah!

Haha

Nah sila lihat. Untuk nak tahu lebih lanjut, boleh direct kol En Khairul (017-9388115) Mula-mula ingat En Khairul ni orang dah tua eh tak berumur, tapi rupanya la baya-baya kita, 20an. (Terperasan muda, ok cut off sekarang)


Season Opening Promotion for the season of 2014..
From RM300/person for 3 Days 2 Nights Fullboard+Snorkeling Package..
Travel From 1/3/2014 - 20/3/2014..


Beberapa keping gambar daripada Candy, permandangan indah sungguh, SubhanAllah. Rasa nak tinggal sini je berbulan-bulan. Cantik dan tenang sangat okeh. 

Oh ye, Redang Mutiara Resort ni bukan terletak dekat long beach. (Long beach ada banyak resort kan, dan lebih happening, havoc la orang kata). 

Redang Mutiara Resort ni ibarat private resort. Tak ada havoc macam di long beach. Aktiviti malam, sila la pandai-pandai sendiri. Siapa sukakan ketenangan memang sini tempatnya, serius tak tipu.

Macam kami, malam pertama, lepak dekat Jeti, tengok abang tak kenal mencanak sotong. Dari jeti tu betul-betul boleh nampak cahaya bulan yang yaAllah tak terkata cantiknya. Tapi sayang, tak ada gambar sebab maklumla camera cap ayam belanda. Try to capture, tapi kecewa. 

Selepas puas tengok bulan, kami join tak kenal siapa tapi budak-budak diving baring tepi pantai sambil mata tengok bulan. Macam dalam drama sangat, tapi ya we did that. 

Lepak, baring, bercerita kira bintang sambil dengar deruan air laut. Hilang semua masalah . Tenang tak terkata sampai 2 pagi. Ah missed that moment a lot, wish to be there again. 

Tidur 2pagi gitu, subuh-subuhnya dalam pukul 5.30pagi dah bangun. Tujuan nak lihat matahari terbit. One word SubhanaAllah. Rasa nak menangis (okay ini over)

Selepas breakfast bermula aktiviti snorkling dari pagi sampailah ke petang, magrib sebenarnya. Letih tapi puas. Masalah hilang sekejap (tak tahulah berapa kali nak ulang, tapi ini kisah benar)

Sebelah malam ada BBQ makan sampai pengsan. Berbual dengan abang yang bawak kami snorkling. Maklumla aku tak reti berenang, mujur ada err siapa ea nama dia lupa, memang awsome! 

Dapat pegang gamat hidup, bagi ikan makan, jumpe ikan pari, ikan apa ntah lagi tak tahu nama, nemo, turtle, shark kecik, dikerumuni ikan bilis (tak tahu ikan apa, tapi kecik macam ikan bilis). 1st time experiance, memang excited sikit, maafkan diri sendiri. Tapi memang teruja. Paling teruja snorkling di tengah-tengah laut dalam, jumpa macam gua dalam laut. (Okay maaf teruja lagi sekali)

Eh, terpanjang cerita. Sebenarnya nak tunjuk gambar je ^^"

Gambar ni semua di ambil oleh Candy, thank you Candy! cantik sangat. Ada banyak lagi sebenarnya ni cuma 1% sahaja. Hehe

Permandangan dari chalet. Kami amek yang seaview.

SubahanAllah

Matahari Terbit
Sekitar Redang Mutiara Resort
Tu jeti, tempat kami lepak malam ke dua, tengok keindahan bulan purnama, hehe
 Camwhore! Ni hanya 0.0001% daripada gambar yang diambil, hewhew


Di tempat makan, macam kantin





:)
Bye.
Jumpe lagi..

Pulau Redang, 26/5/13 - 28/5/13