Jumaat lalu aku bersama staff lain termasuk bos sama sama bersihkan stor. Stor yang memang tak rupa stor langsung, kadang-kadang ada juga aku terfikir, sapa punya tanggungjawab agaknya untuk pastikan stor ni kemas, aku ka? Sebab banyak barang aku jaga ada di stor.
Gaaah, tak kesahla sesiapa pun. *nak jalan pun terpaksa sepak sepak kotak, hahaha.
"You all, kalau ambil barang ni macam mana? you all sepak sepak kotak ni ya?, haa Farah?"
Aku sengeh je la, sambil pandang Shana, kawan sekerja aku. *Memang pun tau tau je bos ni. Tak ada maknanya aku nak angkat, letak cantik cantik berat !
/
/
Hampir 3 jam juga la nak bersihkan stor, buang apa yang tak perlu, ambil apa yang perlu, berebut apa yang perlu. "Kakak mahu ini, boleh bagi main anak kakak", cleaner Indonesia kami. "Kak! ni ada pasu kak, boleh buat hiasan di rumah".."boleh boleh, semua akak mahu!"..hahaha gema satu stor, dengan kami punya gelak.
Sampai bos kata, "U all ni kemas stor macam jumpa emas !".
"Barang free bos, siapa tak nak"..
=p
Orang kata dah rezeki depan mata, jangan ditolak. Lama pun lama la.
Bye.