Tuesday, October 18, 2011

Bila Boleh Own This Car Yee..

Beberapa hari ni, aku menghabiskan sikit masa untuk pergi survey kereta. Kereta terpakai, dan juga kereta baru.

Ada juga aku tanya-tanya samada aku patut beli kereta terpakai atau baru, rata-rata kata better beli kereta baru memandangkan aku ni perempuan tak payah fikir pasal rosak ke apa ke, hahaha. Ilmu kereta cetek.

Untuk beli kereta terpakai kena buat kerja lebih sikit
1. Pergi cek dengan puspakom
2. Cek jpj (kot-kot ada hutang)
3. Tengok semua dokumen kereta dah banyak kali tukar milik.
4. Cek meter
5. Survey harga
dan lain-lain banyak lagi.

Nak yang bagus, kene buat kerja sikit ye tak.
Naaa aku rasa cancel beli kereta terpakai, (rumit dan tak nak amek risiko, hehe )

/
/
Kereta mampu milik yang aku dah aim sekarang adalah hyundai i10, viva dan proton saga. Aku dalam delima samada nak gunakan sistem grahitz atau tak.

Kadar interest
Gradhitz = 3.8% (takambil insurans dari bankislam) 3.2% (ambil insurans)
Normal (10% duit muka) = 3.2%

Kelebihan gradhitz adalah dapat 100% loan, max meminjam 10 tahun. Ok pening.

Ibu kata bulanan kau tu yang penting berapa ratus kau sanggup bayar, pening lagi.

Bye.

Bila boleh own this car yee..

Monday, October 17, 2011

Kerja Pertama

 
8 September 2011

Kenangan agak baru lagi. Kerja pertama setelah 2 bulan menganggur sebagai kerani akaun. It was a good start. Kakak kakak yang baik, giler-giler eh jap ada seorang budak bawah umur (bawah umur aku hehe). 
Kerja sebagai kerani akaun ni pada mulanya agak rumit sikit. Pening-pening jugakla, mana tak nya mengira tu ni. Tapi dah hampir sebulan, aaa alhamdulillah tak adalah serumit 2 minggu pertama. (nada berlagak, haha)
Kerja setiap hari.
Ambil DO (delivery order) dari bilik EDP, key in dalam sistem. 
Kalau ada invoive, settlekan invoice. Haaa part ni agak mencabar (kira manual invoice dengan total dalam sistem) 
-jika ada grn (kira grn) 
kepil-kepil semua document ikut sususan, tunggu bos semak, boleh la buat cek.
Oh ye, kira total brand, print sales figure setiap bulan... 
Buat cek tak sempat nak belajar dah quit pulak :) 

Tak apalah, dapat belajar banyak juga, terima kasih 
Kak Pija, Kak Farah, Kak Fizi, Kak Linda, Yana
Sebab mereka give fully support, even kerap kali mensalahkan cek ouch :(

:)

Sunday, October 16, 2011

Putus Di Twitter



Baiklah, aku akur yang lirik lagu yang telah di ubah oleh encikmimpi betul-betul menceriakan hari aku hari tu err hari khamis (13/10/11)

Dengar berapa banyak kali pun mampun buat aku tersenyum, lagi lagi lirik lagu yang terakhir.
Ku terdiam terkedu dan terus tumbuk mukamu
lebam
baru kau tahu apa itu
cinta di buku lima

Tersengeh.

/
/
/

Makcik sebelah katil mengigil secara tiba-tiba :( Terasa helpless tak tau nak buat apa.
Cepat sembuh makcik.