Masa ber ATV |
2015
SELAMAT TAHUN BARU
Aku di ofis sekarang ni. Susah nak berblog dekat rumah
semenjak aku hanya melanggan internet cuma di hp yang limit 1 GB sebulan.
Tahu-tahu je la, kalau boleh ber on9 dekat laptop memang macam-macam la nak di
bukaknya, habis program jimat cermat terbiar :P Nak berblog di hp pulak kecik
screen nya HEHE alasan pemalas nak update blog. Maafkan la.
Ini review 2014 aku untuk tatapan aku dimasa tua.
Januari -Bertunang
Tarikh aku
bertunang secara tidak sengaja setarikh dengan aku masuk kerja, 18/01/12. Dan
bulan 1, 2012 jugak tarikh Yun tidak
jadi berhenti dari ICT dan terus bekerja..Selepas 2 tahun,kami bertunang. How coincident is it? Kalau la masa
tu Yun berhenti dari ICT, mungkin dia bukan suami aku sekarang HEHE. Jodoh…
Febuari – Pergi
kursus kahwen
Pergi kursus kahwen dengan Fiza, kawan satu ofis. Beriya
pilih tempat dan akhirnya kami hadir kan diri dekat Masjid Abu Bakar. Johor
Bahru. Yang kelakarnya aku dan Fiza adalah orang pertama yang register pada
hari kursus. HEHE. Teruja sungguh kami nak kahwen.
Mac – Mencari barang untuk goodies bag untuk kawen.
Pergi Ayer Hitam je. Bebelanja almost 1 ribu lebih untuk
vip gift dan jugak kotak-kotak dan bunga-bunga hantaran dan sebagainya la.
Tengok duit keluar macam air masa ni. Nak sedih pun tidak berguna, kata nak
kahweeeeen.
April – Beli gula-gula kacang.
Yang ini aku suruh Yun tolong beli. Dan Yun mintak tolong
Kak Na tolong beli gula-gula kacang ber kg-kg banyaknya. Terima kasih daun
keladi, lain hari semoga dapat berbalas lagi.
May – Sibuk lipat-lipat kotak, masukkan gula-gula dalam
kotak.
Tugas ni, hanya tuhan je tahu betapa penatnya aku dan ibu
buat. Cuba bayangkan untuk 1000 kotak. Tapi kami manage untuk lipat-lipat kotak
dalam 2 minggu, the other 2 weeks menghabiskan masa masukkan gula-gula dalam
kotak.
Jun – Jumpa abah, pujuk jadi wali.
All the way dari Johor ke Kedah. Worth it, abah datang
juga akhirnya. Terima kasih.
July – Tempah Inai. Complete kan NCR, interview dengan
kadi.
Tempah inai dengan kak Hanie. Jumpa agak ramai fb yang
buat perkhidmatan inai. Tapi ter suka dengan Kak Hanie ni. Kenapa? Nanti KALAU
aku rajin aku post kenapa. Tq Kak Hanie.
Complete NCR ni mudah. Tunggu boring dari Yun. Interview!
Tok kadi Tanya 1 soalan saja. HEHEHE.
August – Test baju kawen. Kahwin !
Majlis kawen 31/08/14. Merdeka, dalam masa sehari. Kami
pengantin bawak kereta sendiri. Kelakar betul. Betul-betul kelam kabut. Tapi
Alhamdulillah semuanya lancar walau ada tersekat-sekat.
September – Honeymoon
Ini honeymoon express. Seminggu sebelum majlis baru
tempah :P
October – Kahwin lagi ! Belah lelaki.
November – Pindah rumah.
Disember – Berehat-rehat di rumah.
Boleh dirumuskan kehidupan 70% daripada 2014 adalah preparation untuk
bertukar status dan sesi kenal mengenal dengan Yun’s family dan kawan-kawan.
Masih kekok, harapannya semoga lebih mesra
selepas ini – masuk list azam 2015.
31/12/2014 pengakhiran yang agak sedih sedikit apabila
pengawalan 2014 adalah gembira. Tak apalah, Allah uji tanda Dia sayang kan. Aku
percaya setiap ujian yang Dia bagi pasti ada penyelesaian dan hikmah di
sebalik.
SELAMAT DATANG 2015!
No comments:
Post a Comment