Thursday, December 25, 2014

ATV Park Kulai

Tough betul

22/12/14- Ahad

Plan untuk ber ATV akhirnya menjadi. Idea nak ke sini terpop up erm 3 minggu lalu? Ni semua gara-gara The Orange Frog. (Lain hari KALAU berkesempatan ter post la entri Orange Frog)

Tempat yang kami pergi ni dekat Hutan Bandar Kulai. First time datang sini, besar betul tempatnya siap ada rental basikal, next time nak datang main basikal pulak.

Kalau masih terpinga-pinga dimana Hutan Bandar Kulai ni. Jangan risau, on saja waze anda, type Hutan Bandar Kulai nescaya sampai dan tidak kesesatan melainkan data internet anda di ambang bahaya.

Oklah

Kami telifon En. Man 2 minggu sebelum terjadinya aktiviti ni. Untuk survey harga dan kira-kira bajet.

Ada 3pakej seperti terteranya di bawah:-

Track A Jungle Offroad (15 minit) : RM20
Track B Jungle Offroad (30 minit) : RM40
Track C Jungle Offroad (45 minit) : RM60
Track D Jungle Offroad (60 minit) : RM80

En Man ni sungguh baik hati. Instead of RM80 dia cas kami RM70 seorang untuk 60minit. Tapi rasanya lebih 60minit. Sebab perjalanan dia memang penuh pancaroba. Rantai ATV aku tercabut tanpa disedari mujur tak putus. ATV Wani(kawan satu kerja) terbalik. ATV diri sendiri tidak dapat naik dekat bukit. Percayalah, bukan lagu Siti Nurhaliza.

Ini juga pengalaman pertama membawa ATV yang mempunyai gear seperti motor. Sesungguhnya motor pun aku tak pernah bawak. Tabah saja belajar on the spot. Belajar tekan gear 1 dan 2 endup aku gunakan gear 1 sepanjang masa. Bunyi mengaum aku abaikan sepanjang masa. Biar lambat asal selamat.

Kami mula aktiviti ini dalam 11.30 pagi dan selamat sampai pada pukul 1.30 petang dengan keletihan dalam kegembiraan. We manage to complete the track!

Selepas sampai terus ambil bekalan dan kami makan se-macam di rumah sendiri tanpa segan silu. Dan tanpa pelawa Abe (orang yang bawa kami jalan-jalan meredah pancaroba) DAN dalam tidak berbayar RM70 hahaha. Maafkan kami.

Oh ya, boleh visit mereka punya facebook di sini. Click SINI. No telifon En Man dan rakan-rakan seperti di bawah: -

En Man - 018-755 7744
En Fauzan - 017 - 730 7717

Baikla itu sahaja sari berita tak penting. Tatapilah gambar kami ini sebagai penutup. Tak nak tatap tak apa, boleh tinggalkan post ini begitu sahaja. 






Half way perjalanan











Air mata air?


Selepas berpenat lelah, dan selepas makan
Abe, Yun, Fadhli, Wani, Diri sendiri
PS: Sumber gambar dari perlbagai. Gambar di ambil bila tengah berhenti dan pabila jalan tidak berliku-liku kehidupan.  Sususan gambar juga berteraburan, tak apalah, redhaa.


No comments:

Post a Comment