Saturday, February 1, 2014

26-28/5/13 - Pulau Redang


Ternampak promotion Redang Mutiara Resort dekat FB. Terus kembali ke nostalgia Pulau Redang tahun lepas, eewaah!

Haha

Nah sila lihat. Untuk nak tahu lebih lanjut, boleh direct kol En Khairul (017-9388115) Mula-mula ingat En Khairul ni orang dah tua eh tak berumur, tapi rupanya la baya-baya kita, 20an. (Terperasan muda, ok cut off sekarang)


Season Opening Promotion for the season of 2014..
From RM300/person for 3 Days 2 Nights Fullboard+Snorkeling Package..
Travel From 1/3/2014 - 20/3/2014..


Beberapa keping gambar daripada Candy, permandangan indah sungguh, SubhanAllah. Rasa nak tinggal sini je berbulan-bulan. Cantik dan tenang sangat okeh. 

Oh ye, Redang Mutiara Resort ni bukan terletak dekat long beach. (Long beach ada banyak resort kan, dan lebih happening, havoc la orang kata). 

Redang Mutiara Resort ni ibarat private resort. Tak ada havoc macam di long beach. Aktiviti malam, sila la pandai-pandai sendiri. Siapa sukakan ketenangan memang sini tempatnya, serius tak tipu.

Macam kami, malam pertama, lepak dekat Jeti, tengok abang tak kenal mencanak sotong. Dari jeti tu betul-betul boleh nampak cahaya bulan yang yaAllah tak terkata cantiknya. Tapi sayang, tak ada gambar sebab maklumla camera cap ayam belanda. Try to capture, tapi kecewa. 

Selepas puas tengok bulan, kami join tak kenal siapa tapi budak-budak diving baring tepi pantai sambil mata tengok bulan. Macam dalam drama sangat, tapi ya we did that. 

Lepak, baring, bercerita kira bintang sambil dengar deruan air laut. Hilang semua masalah . Tenang tak terkata sampai 2 pagi. Ah missed that moment a lot, wish to be there again. 

Tidur 2pagi gitu, subuh-subuhnya dalam pukul 5.30pagi dah bangun. Tujuan nak lihat matahari terbit. One word SubhanaAllah. Rasa nak menangis (okay ini over)

Selepas breakfast bermula aktiviti snorkling dari pagi sampailah ke petang, magrib sebenarnya. Letih tapi puas. Masalah hilang sekejap (tak tahulah berapa kali nak ulang, tapi ini kisah benar)

Sebelah malam ada BBQ makan sampai pengsan. Berbual dengan abang yang bawak kami snorkling. Maklumla aku tak reti berenang, mujur ada err siapa ea nama dia lupa, memang awsome! 

Dapat pegang gamat hidup, bagi ikan makan, jumpe ikan pari, ikan apa ntah lagi tak tahu nama, nemo, turtle, shark kecik, dikerumuni ikan bilis (tak tahu ikan apa, tapi kecik macam ikan bilis). 1st time experiance, memang excited sikit, maafkan diri sendiri. Tapi memang teruja. Paling teruja snorkling di tengah-tengah laut dalam, jumpa macam gua dalam laut. (Okay maaf teruja lagi sekali)

Eh, terpanjang cerita. Sebenarnya nak tunjuk gambar je ^^"

Gambar ni semua di ambil oleh Candy, thank you Candy! cantik sangat. Ada banyak lagi sebenarnya ni cuma 1% sahaja. Hehe

Permandangan dari chalet. Kami amek yang seaview.

SubahanAllah

Matahari Terbit
Sekitar Redang Mutiara Resort
Tu jeti, tempat kami lepak malam ke dua, tengok keindahan bulan purnama, hehe
 Camwhore! Ni hanya 0.0001% daripada gambar yang diambil, hewhew


Di tempat makan, macam kantin





:)
Bye.
Jumpe lagi..

Pulau Redang, 26/5/13 - 28/5/13

No comments:

Post a Comment