Sunday, July 7, 2013

Tips Budget Pulau Redang


Pulau Redang
Redang Mutiara

Pergi sini bulan lima yang lalu. Plan tak sampai sebulan. Tiba-tiba je popup rasa nak pergi, terus nak. Macam kalau kau kecor ataupun mengidam sesuatu, tak kira apa jadi kau nak jugak. Samalah. Hehe mujur ada kawan yang nak follow, kalau tidak, ada kang aku pergi lone ranger.

Kononnya nak buat ni satu destinasi budget. Tapi, memandangkan masa nye yang tak sesuai, memang tak jadi budget la. Over budget tak berapa nak over, okayla cuti cuti Malaysia kan.

Berdasarkan pengalaman yang ini, aku listkan macam mana nak jadi ke Pulau Redang sebagai destinasi budget ya.

1.     Tarikh
Tarikh ni sangatla penting. Bila kau pergi. Kalau betul kau nak budget, sila pilih tarikh yang BUKAN cuti sekolah. Weekadays kalau boleh, Ahad hingga Khamis. Normally, mereka ni aka nada surchage lagi-lagi cuti sekolah, kene tambah la dalam RM50-RM100 depends dengan chalet mana kau stay.

2.     Chalet/resort/penginapan
Kalau kau nak budget, pilihlah chalet-chalet yang bukan nya 5 stars. Kau kata nak budget? Yang simple, ala-ala suasana kampung ok la kan? Kalau dah 5stars, huh itu bukan budget.

-       Redang Mutiara (Recommended- sebab kami stay sini!)
-       Redang Bay Resort
-       Redang Lagoon
-       Redang Reef Resort

(Klik untuk tumbesaran, haha salah untuk ke official website mereka)
 
3.     Berapa ramai
Berapa ramai yang akan mengfollow kau ke sini. Bila kau tahu berapa ramai, kau boleh la amek package-package yang ada disediakan oleh pihak chalet mana kau nak stay. Masa aku pergi tu, ada satu family ni dalam 7 orang, mereka kena bayar untuk harga 4hari 3malam dalam seribu lebih tak sampai dua ribu. Haaa berbaloi idok?

Maka, silalah confirm dengan rakan handai, saudara mara ke berapa ramai nak pergi. Bolehla budget nak pilih room yang bagaimana. Duluxe ke, family room ke seaview room ke..ok?

4.     Pengangkutan ataupun transportation
Ada banyak cara kau nak kesini. Samada melalui udara dan darat. Laut tu tak delah kot, lain la kalau kau bercruise?

Paling jimat! Naik bas! Tapi serius sakit pinggang belakang. Aku dari JB ke Kuala Terengganu 9 jam? Itu belum driver bawak ala-ala selamat gitu. Pengalaman, haritu aku naik bas pukul 1 petang, sampai Jb pukul 12 malam. Peeergh, tak tau nak cakap macam mana keadaan makcik masa tu, dah macam udang pun ada. Kalau la kau faham apa maksudnya. Mengkrekot? 

Naik Keretapi? KTM? Ada ke ea, aku tak google pulak. Naik belon? Bolehla usya-usya tambang tambang murah. Firefly ada ke sini. Mas pun ada tapi Airasia? aku tak berapa pasti. Jap! googling....update! ada, tapi dari LCCI, dari Senai bagi warga Johor tak ada ya. 

Yang ni, kau kena la rajin sikit, mana tau Airasia bagi promo KL ke KT RM2? ^^v

Takpun kau drive je la? Minyak kira sendiri la ea. Nak jimat memang bas la, RM42.30 sehala JB ke KT :p 

5.     Berapa lama
Berapa lama kat sini, maksudnya berapa lama kau nak bercuti. Pada aku, at least la at least, 4 hari 3 malam baru rasa sedikit puas. Kalau tak puas-puas gak sila menetap kat sana terus senang ^^V 

Tapi kalau nak budget, 2 hari 1 malam pun ada, tapi rasanya penat perjalanan pun tak hilang dah kena balik semula kan? kan? eh tapi ikot suka la, berapa hari sekali pun. My suggestion, 4 days 3 nights :D

6. Duit poket
Duit poket, bawakla secukup rasa, macam memasak letakla garam secukup rasa, sama la konsep nya. Kalau macam dekat Redang Mutiara ni memang tak adalah ATM machine, tempat lain? hurm tak tau la pulak ea ada ke tak..Tak perlula kot nak bawak sampai ribu-ribu in cash? ingat budget ni budget..

Ok,
itu je kot. Harap membantu. 

Hahaha

Selamat bercuti! 

Bye.

7 comments:

  1. cerita apa ni..tak paham hujung pangkalnya?!

    ReplyDelete
  2. aah betol tu, xphm sbenanya ape yg cuba disampaikan ??

    ReplyDelete
  3. kesian,xpela..sy paham..

    ReplyDelete
  4. apo bonggap sgt abe2 sekalian ni
    dah terang2 tulis tips budget pulau redang

    ReplyDelete
  5. kesian bahlul nyee pada yg xpaham apa yg dia ceritakan.ke kau yg xpndai baca or ngeja?opppss

    ReplyDelete
  6. dlm gambar ni sume ank dara ke

    ReplyDelete
  7. Seri desa homestay menyediakan bilik2 rate rm90 semalam.ada dua katil dg aircond. Juga rumah2 utk family rm150 utk seramai 7 org ke atas.

    ReplyDelete