Thursday, May 16, 2013

Chinatown


Hi

Ini adalah post backdate juga. Tapi tak berapa nak backdate sangat. Pergi this year lagi seminggu nak Chinese New Year kot? Eh jap yeje Aqilah ni, oh! 28 January 2013 (mujur aku tulis) Seminggu la ea? Aaaa aaaa abaikan je la ^^" 

Pergi berempat. Candy, Rizah, Kakak Rizah dan aku ler. 

Malam sebelum nak pergi sini. Ada juga buat sedikit research haha. Iyela, tak nak pisang berbuah dua kali. Sebab sebelum ni beriya nak pergi Arab Street tapi disebabkan malas nak buat research, kononnya senang la ni. Tiba kat sana, terpinga-pinga bercampur sesat lagi =p Itu nanti la post akan datang ^^v

Nak ke sini. Mudah je. Lagi-lagi naik MRT. 
Kranji (North South Line, Kaler Merah) --> Dhoby Ghout (Interchange, North East Line, kaler purple) --> Chinatown

Melalui research 2 jam malam sebelum ke sini. Ada beberapa tempat wajib pergi kat sini. Antaranya:
1. Buddha Tooth Temple
2. Chinatown heritage centre
3. Jamae mosque
4. Singapore coins and notes museum
5. Tintin shop
6. Seri Mariamman temple
7. Baba house dan banyak lagi.

Tapi list 7, sebab kang kalau list banyak-banyak tak termampu kami mencari nya. Kami dapat pergi no 2, 4, 5, 6,7? tengok kat luar je, sebab ramai gila orang. 5 over 7, okayla kan, pass ni kalau exam, hehe.

Tapi! yang masjid tak nampak langsung. Puas pusing. Salah jalan kot? 

Dan mengikut research 2 jam juga. Aku dapat tahu, kat sini ada banyak jalan, tapi yang aku pergi cuma beberapa jek. Sebab erm dah tak larat nak berjalan =p 

Dan setiap street lain-lain yang diniagakan. Ini memang betul. 3 ni je yang kami lalu. 
1. Temple street - Kat sini la kitaorang jumpa Seri Mariamman temple dan kat jalan ni banyak jual houseware macam blender la macam-macam la.
2. Trengganu street - Sini banyak orang jual makanan, kiteorang lalu laju-laju kat sini.
3. Chinatown street market/ Pagoda street - Oh ini turun turun dari mrt, jalan sikit aku rasanya ini la chinatown street market dia, haha ramai betul. Kat sini la ada no 2, 4, 5, dan 7. Oh yeeh.


Ok tamat. Sila lihat gambar di bawah, kalau mahu.. 
































Mumumumu !

Bye bye! 


For more information do visit their website, http://www.chinatown.sg/

No comments:

Post a Comment