Sunday, March 17, 2013

Fishing Bay, Teluk Buih Mersing

Mersing
Ini adalah post backdate. Hehehe semua post aku sekarang ni backdate. 
Pergi sini pada hurm tak boleh nak recall. Tapi somewhere in May? June? August? 2012 (^_^)" 

2 hari 1 malam 

Terima kasih dekat Faradila sebab dia organize benda ni. Actually ni salah satu company trip dia, hahaha kami-kami ni menumpang jek. Alasan kenapa kami patut ikut sebab 90% kawan sekerja Faradila ni lelaki, kalau dia pergi tak seronok. Tak adalah orang nak camwhore macam kami. 

Pergi sini hari sabtu. Balik dari kerja terus shoot ke sini. Perjalanan mengambil masa 3 jam! Dan ni jugak 1st time aku pergi Mersing drive. Kami lalu highway kota tinggi kemudian terus je la sampai la ke Mersing. Jalan dia boleh tahan adventure. 

Penat jangan cerita. Tapi once dah sampai, penat hilang..

KAMI! Ni baru je sampai. Nak ambil kunci bilik. 
Aktiviti tak ada sangat kat sini. Dia lebih untuk melayan perasaan :P Tapi heaven la bagi lelaki, sebab boleh memancing :D

Hari 1
3.00 - 6.00 pm = JB ke Mersing
6.00 - 6.30pm = Checkin
6.30 - 7.30pm = Makan keropok lekor
7.30pm - 8.30pm = Berehat-rehat di chalet, buat la apa-apa yang patut
8.30pm - 1.00am = Bbq

Hari 2
5.30am - 7.30am = Jalan-jalan sekitar Fishing Bay. Tengok sunrise.
7.30am - 8.00am = Breakfast
8.00am - 10.00am = Mandi manda
10.30am - 12.00am = Kemas-kemas, Lunch! Checkout.
12.30pm = Heading back to Jb
-  The End -

Itula roughly apa kami buat kat sana. Masa on the way balik, sempat singgah kedai borong keropok leko! Sedap woo dan kami jugak sambung berpicnic + mandi manda dekat Tanjung Leman *wink

Eh, sempat jugak singgah Air Papan :P

Dekat je dari Fishing Bay ni, singgah sekejap :D
Jalan nak ke Teluk Buih
Group kami ni agak beruntung sebab! Kami dapat chalet menghadap ke laut eh teluk. Kami tukar chalet ke vvip sebab chalet kami duduk before ni blackout! Tehee!

Dari Chalet!
Belakang Chalet
Hari 2 dari 5.30 pagi ni haa..
Ok! tengok gambar je la ea..Maaf, quality gambar tak cantik tapi boleh la dari tak ada :D




Beli keropok leko dekat kedai ni..








Overall Fishing Bay, Teluk Buih ni ok la. Tempat cantik, dan kecil sebenarnya. Ini paling utama, please maintained kan selalu, selari dengan harga chalet-chalet yang agak pricey. (^_^)V

5/10  

Alamat :
Fishing Bay Resort
Lot 525, Teluk Buih, 
Air Papan, 86800 Mersing, 
Johor Darul Takzim.
07-799 6753

Bye!




2 comments:

  1. sila tambah ayat ni kat caption "Belakang Chalet ade viva yang comel ok" haha..anyway nice place and nice post!

    ReplyDelete
  2. sekali lagi, tak ajak~ sobs! hehe! rajin kau berjimba yaaaaaaaa~ jeles!

    ReplyDelete