Monday, June 11, 2012

Hari 2 - Batu Pahat (Tamat)


sambungan Hari 1 - Batu Pahat.....

Hari 2
 Kami keluar rumah seawal 8 pagi. Tempat pertama yang Norizan bawa adalah ke Tasik Y. Menang sungguh rajin warga Batu Pahat ni berekriasi di hari ahad ni. Penuh ! 


Penuh !
Nama Tasik Y dicipta kerana dalam Tasik Y ada 2 tasik yang salah satu tasiknya adalah berbentuk y, agaknya? hahaha 

Lepas dah pusing-pusing satu tasik ni, kami bersarapan ! dekat foodcourt berhampiran tasik y ini. Pekena roti canai, teh tarik satu ! (dah lama sebenarnya tak makan roti canai hehehe on diet katanya =p) 

Pukul 9..kami bergerak ke Pantai Minyak Beku !
Haa ni lagi satu attraction dekat Batu Pahat ni, wajib pergi singgah ke sini. Tak rugi, percayalah. 

Mula-mula kami ke Jeti Minyak Beku. Pagi, air surut tapi Subhanallah cantik betul, laut luas terbentang.
Dekat sini juga ada khidmat ke Batam, Indonesia naik Feri. Bukan haram punya yer, wajib ada passport! 

Selepas ke Jeti, kami ke pantai kemudian datang balik ke Jeti untuk ber boat hoping ! Rm10 untuk 45 minit, berbaloi ! :)

Naaah
Beberapa shot pictures sebelum bateri handphone drain to 0% :(                           
                            
Jeti ! Air surut, pagi kan..




Lighthouse 1, masih berfungsi ! 
  
Ini old lighthouse di Pulau Siaru. Gambar di ambil semasa boat hopping.




The BP Well. 



Paya Bakau

 Sunny day :)
 
Batu-batu di Batu Pahat, hehehe


Uncle ! Terkesima tengok dia handle boat, sungguh profesional.

 Pulau Siaru, syurga bagi pemancing.


Dah hampir setengah hari di Pantai Minyak Beku ni, pukul 1 petang kami bergerak balik ke rumah, untuk bersiap-siap ke wedding kawan plus perut pun dah lapar minta di isi hehehe, nasi minyak !

Kak Huda dan Suami, semoga berkekalan hingga akhir hayat :)

Abaikan perempuan yang menginjak gemuk sedang tidur masa bergambar :p 

Tamat. 
290512


Bye..

4 comments: