Hari pertama memang tak de kerja. Duduk rumah pun boring. Tak de keje lain di buatnya online, tengok tv, kacau ibu, main message. Rutin tuh dah basi la.
Jeles tengok syaza keluar tadi. she is new here. New housemate for this sem..Welcome syaza !
Disebabkan kononnya dah boring. Padahal dalam kepala aku ada banyak aku nak buat…
1. Kopek bawang merah ngan bawang putih kemudian letak dalam peti supaya tahan lebih lama.
2. Basuh kipas bilik sebab aku tengok macam dah hitam semacam, aingin pun tak kuat.
3. Basuh baju patut! Baju aku bertimbun giler.
4. Sapu bilik macam tak perlu sebab baru sapu tapi tak de keje why not?
Tapi yang aku tunaikan apa yang terhajat di kepala Cuma basuh baju je. Yang lagi 3 masih terkubur dalam kepala ni. Hahaha.
Tangan pula menggatal pergi cabut jadual bertugas rumah. Dan dengan volunteer nya cakap “aku buat jadual rumah ea”…aku cakap dengan penuh angkuh.
Kononnya aku nak buat perubahan. Kalau sem lepas, setiap sebulan jadual akan ditukar. Errr not specifically every month la macam 5 ke 6 minggu gitu.
Aku malas.
Aku nak semua orang akan kerja dengan mudah. Tak perlu susah kan kepala. Sebab tahun ni sem last untuk kami. Ada kaitan ker?
Penghuni rumah ada 6 orang. Tugas ada 4 sapu laintai, kemas dapur, basuh toilet dengan buang sampah. Sebulan ada 4 minggu.
Aku letak buang sampah dengan sapu lantai 2 orang sekali. Sebab aku rasa tu macam perlu di beri perhatian lebih. Sampah kalau tak buang 2 hari dah bau..tu tak suka tu. Sapu lantai pun aku letak 2 orang sekali. Sebab takkan nak sapu rumah seminggu sekali je. Gila la.
Kau tau je la. rumah perempuan paling utama adalah rambut. Rambut gugur ada dimana-mana. Serius kalau tak sapu seminggu aku rasa boleh jadi satu RAMBUT PALSU. 6 kepala 6 jenis rambut berlainan. Haha ni tak de motif.
Bukan senang nak buat.
Ibarat main Sudoku.
Nasib aku suka Sudoku.
Kalau terbagi tugas lebih kat seseorang dalam 4 minggu tu nanti ada tak puas hati. Aku tidak suka. Aku nak jadual yang aku buat memuaskan hati semua budak rumah.
Aku start buat 9.30 siap pukul 1 pagi. Hahha gila lama. Hasilnya aku buat 2 jadual atas nasihat kak wawa sebab rasa tak adil kerana pasti ada orang yang tak kan basuh toilet dan bersihkan dapur.
Itula kata orang, jangan nak angkuh. PADAN MUKA KAU QILA. Aish..
Kesimpulan jadual siap. Hati riang !
Dah..nak pergi kelas. Hari ni kelas pack.