Saturday, May 29, 2010

Yumeiro Patissiera

Aku sedang tengk anime " Yumeiro Patissiera" . Cuba teka pasal apa ? ada hint dah tu..Hee

Pasal manisan ! macam tak proper pulak aku panggil manisan. Tapi ye la, memang manisan. Aku memang gemar tengok cerita yang selain berunsur cinta, jiwang romatik dan yang berkenaan. Aku rasa bosan pulak dengan cerita macam ni. Eh melalut dah..sebab tu aku tengok anime ni.

Anime tahun 2008. Aku cek kat google tadi.

Best !

Setiap episod ada je menu berlainan yang akan dieorang ni buat. Walau dalam bentuk katon tapi masih boleh buat aku terliur !

Ces. Sekarang aku dah teringat donut j co pulak. 

Cerita ni ada 52 episod, tapi tuan blog yang baik hati baru upload sampai 24, dia kata dia akan upload soon. Sekarang aku kene sabar..fuhh.

Jom cek main character cerita ni. Tak banyak, cuma 4 character je.

Inchigo Amano

Dia ni clumsy. Sebelum dia masuk sekolah St Marie dia selalu desperate yang dia tiada ability macam adik dia. Adik dia pandai main piano. Tapi dia suka makan kek. Eh aku suka la watak dia ni, watak clumsy dia buat semua orang senang dengan dia walau dia orang baru. Hee comel.


ke 2

Makoto Kashino

Dia ni selalu je gaduh dengan si amano tuh. Perangai dia agak keras dan cakap main lepas je. Dia ni pkar buat coklat. Watak dia macam lelaki idaman, ehem ehem...tak berselindung. Dia ni satu group dengan Amano, jap semua main character ni satu group la. 


ke 3

Satsuki Hanabusa

Dia ni sangat nice. Dia pakar dalam buat sweet candy. Mak dia mengajar kat St Marie. Dia treat perempuan sangat polite, tak pernah menyakitkan hati Amano. Yelah, Amano kan orang baru...aku suka juga dengan dia ni, cara dia ala-ala lelaki gentle gitu...heee


Last

Sennosuke Andou

Oh dia ni..sama polite macam hanasuki. Kalau nak kenal dia lebih dekat-dekat, ada satu episod cerita pasal family dia (adik, bapa, kedai)..tak banyak tentang dia sebab tak berapa minat dengan dia ni. HAHA diskriminasi. 


Akibat dari cerita ni..aku dah teringin nak makan ni..

Warm Choclate Cake

Dan yang ini juga !

 Amelie Rose


Ahh, comelnya dan nampak sedap !

Ibu, qila nak ni untuk birthday nanti tau...






Ps : nak download citer ni click SINI
post signature

Monday, May 24, 2010

Rumah Oh Rumah

Kalaula ku lukis secomel ni..


Aku dah kembali ke Melaka ! Berat kaki melangkah naik bas ke Melaka. Memandangkan kelas dah mula hari ni, aku gagahkan diri untuk balik.


Memang betulla, seburuk buruk rumah kita, tempat tu la yang kita rindu selalu. Sebab kat situ tempat asal kita sebelum kita langkah jauh kaki untuk timba ilmu, kan. Tiba-tiba je cerita pasal rumah, heee apa-apa aje.


Selalu aku tanya pada diri, walau selesa mana tempat yang aku duduki sekarang, hati aku tetap rindu rumah. Yeah rumah.


Rumahku syurgaku. Heee


Aku dapat tahu jawapannya tadi kat kelas Internet Marketing...ceh macam tak boleh fikir sendiri pula kan ngade betul. Tapi yela, kadang-kadang kita tak perasan benda yang simple, aku juga tak perasan. Manusia kan, tak sempurna...


Lecturer tu kan really make my day. Kalau masuk kelas dia, kelakar, right word for him. Gaya dia cakap, gaya dia present mengingatkan aku pada seseorang...upps Tak tak, bukan ku suka dia la, suka gaya dia je la..


Dia ada tanya, " Kenapa orang selalu cakap kembali ke tempat asal apabila kita buat salah dan apa simbolik nyer ? "

Kembali tempat asal maksudnya bertaubat la kan, dekatkan diri pada DIA. Simbolik dia beritahu adalah rumah.


Kenapa rumah ? kenapa ? ceh ceh


" Sebab, cuba kalau awak balik rumah sekarang, apa awak rasa? tenang kan? sebab apa ? sebab awak jumpa orang yang awak sayang, ibu, bapa. Kat situ juga tempat awak dibesarkan, banyak kenangan semua dan bla bla...." Tak sama, tapi macam ni la dia cakap..


Tula jawapannya kenapa Aqilah suka balik rumah sangat...walau situ bukan tempat aku dibesarkan tapi ada orang yang aku sayang di sana, Ibu dan Mak Tok.
post signature

Sunday, May 23, 2010

Contest : Anda Rasa Anda Cukup Pantas ?

Salam...

Hye, semalam merayau di blog-blog dan aku ternampak satu contest  "Anda Rasa Anda Cukup Pantas ?" dari blogger MSR. Baru kenal ni, mekasih kat Roronoa Zora sebab dari situ ku dapat tahu ada contest MSR :)


Setiap contest mesti ada rules kalau tak de rules bukan contest la namanya kan... Nak tahu syaratnya pergi SINI ok.

/
/
/

Dah letak :)





Ok dah..:)
post signature

Saturday, May 22, 2010

Dua Puluh Tiga

23 tentang Aqilah. Err ada ke yang nak tau ni..haha
Ni tag la, dapat dari BLOG RORONOA ZORO. Terima kasih Roronoa Zoro.

Apa nak tau ni ? kene bitau ke…alaa

1. Okla aku tak suka pedas tapi makan pedas Cuma tak suka.
2. Aku sangat menggilai coklat, cheese. Apa-apa yang ada kaitan akan aku gilai tetapi aku tak suka manis. Heh :P
3. Aku suka seafood, tapi sekarang NO MORE seafood kerana ia membahayakan diri aku. aku ada sakit sendi, macam orang tua kan? tapi benar, so sad.

4. Tak pernah ada artis kegemaran.
5. Bila suka dengar satu lagu tu, aku akan dengar lagu tu berulang kali, siang malam kadang-kadang nak tidur pun dengar. Sampai satu tahap,  lagu tu dah tak menjadi favorite lagi.
6. Anak tunggal untuk ibu.

7. Pernah kena bantai dengan salur getah sebab main mak-mak satu hari tak balik-balik.
8. Ni masa sekolah rendah, malam raya, jiran mesti ketuk pintu dapur ajak main bunga api. Dia lelaki , oh sweet haha

9. Bila hari raya aku paing banyak dapat duit raya. Hehehe lagi besar, lagi banyak dapat. *Wink
10. Tak de kebolehan dalam sukan langsung. Badminton not bad la yang lain, tidak tidak benci sukan.
11. Tidak pandai menari mahupun menyanyi. Eh qila ni semua tak pandai, okla pandai main violin, itupun tak pandai sangat tapi bolehla. Tak pandai lagi, hais.

12. Teringin main "yan ching", alat muzik cina tapi tak dapat-dapat, yeah maybe someday.
13. Pakai cermin mata masa umur 8 tahun.
14. Zaman matrik adalah zaman heaven, freedom. Hee dan result pun HAMEK KAU.

15. Tidak pandai sembunyi. Kalau aku buat salah, muka memang nampak bersalah memang muka kene hokum je, haha, kalau aku cakap tak suka maksudnya memang ku tak suka.
16. Aku selalu mengatakan yang aku anti membaca, tapi bila di kira-kira banyak jugak novel, magazine yang aku baca, macam mana tu.

17. Aku tidak suka sejarah, tapi aku suka melawat tempat bersejarah. Aku orang muzium, maksud aku suka pergi muzium, yeah macam skema je tapi betul ! kalau boleh nak lepak lama-lama dalam muzium, begitu kagum. Maka siapa nak ajak aku keluar, marilah ke muzium yer, perasan ada orang ajak keluar..ish.

18. Aku suka matematik, aku pernah bercita-cita nak menjadi pakar matematik. Tapi…….
19. Orang kata aku manja. Tapi rasanya tak manja, biasa je.
20. Tidak bersosial. Orang kata, budak jb sangat social, bukan aku. aku  gadis rumah, terperuk dalam rumah kerja aku.

21. Aku suka kerja promoter. Aku suka jumpa orang, kelakar banyak ragam.
22. Sampai sekarang aku masih tak tahu apa itu first love. Haha ni macam ketinggalan, tapi betul tak faham, mungkin tak de sebab tu faham kot, heee.
23. Eh aku tak suka lelaki badan berketul ketul. Err tak minat. Badan yang seramla.

Peraturan ke 2 adalah kene tag 5 orang blogger, jadi aku tag ...

Faizal Sulaiman
Aliff Fahmy
Sizuka
Hang Liey Leen
Meo

Hee tag done !

Ps: Nak join contest pulak. 
post signature

Thursday, May 20, 2010

Sudoku Moku


Selamat hari khamis J


Masih di dalam mood gembira dan kecewa. Kecewa kerana dah lama tidak berblog. Ini semua gara-gara speed internet yang macam @$#^&^&(& saya bukan mencarut. Tapi aku baca blog orang lain cuma tak tinggalkan komen mahupun kata-kata manis di chabox. Sebab error, kesian, jiwa sakit bila nampak error tuh.

Cuti di panjangkan lagi seminggu ! Yeheee ! Hari ni termasuk cuti yang telah di panjangkan la tuh. Heaven bila lecturer cakap kelas tak de seminggu kemudian merana seminggu sebab kene ganti kelas. Haha padan muka aku eh bukan, bukan salah aku salah dia dia. Kunun tapi aku yang merana.

Aku seperti biasa di rumah tak banyak sangat kerja di lakukan. Selain menonton movie yang aku amek dari Ijan dengan Afiq dengan Tia dan adalah dua tiga movie aku download sendiri itu masa speed internet di puja-puja oleh aku. Sekarang jangan harap nak download, sehari kau tunggu belum tentu habis download 100 mb = 24 jam. Giler.

Aku ada cerita ni :

Love Phobia
Leap Year
Harry Potter (Semua)
Adnan Sempit
Zettai Kareshi
Yasuko To Kenji
Transformer
Thist
Temptaion Of Wolves
Take Off
St Trinians
Speed Scandal
She's On Duty
Scoobydoo
Ret Su
Ponyo
Planet51
My Super Exgirfriend
My Past Ghost Girlfriend
My Husband
Monsters Vs Aliens
Meet The Robinson
Ketika Cinta Bertasbih 1 Dan 2
Kamikaze Girl
Jin Notti
Jenny Juni
I Am Legend
Dragon
Howl Moving Castle
Hannah Moana
Fly Daddy Fly
Baby And Me
Lonh Khong2
Apa Kata Hati
I Litre Of Tears
Princess And The Frog
Bodyguards And Assasin
Case39
Sherlock Holmes
The Treasure Hunter
Law Abiding Citizen
Astro Boy
Nine
Doremifasolatio
G-Force
Retoutille
Shorts
The Ungly Truth
My Name Is Khan
New Moon

dan banyak lagi. Bukan nak berlagak tau, kepada rakan-rakan yang nak cerita ni boleh la bagi ku pendrive ke, hardisk ker dvd ker aku transfer kan kat korang yer J. Simpan sorang-sorang tak best la.

Aku sekarang tengah addict main Sudoku online. Eh ada rumors mengatakan main Sudoku boleh kurus ! betul ker? Haha tak tahu la kesahihan nyer.

Haaa cuba kau selesaikan..wewewewe


Kalau korang bosan-bosan tak tahu nak buat apa, boleh la join aku main sudoku online ni.

SINI SINI untuk ke page dia.

Sebenarnya ada banyak lagi website yang bagi main sudoku secara percuma. Kalau kau type sudoku online kat google, berlambak keluar, pilih je mengikut kata hati. Tapi aku stick dengan yang ini kerana page dia putih melambangkan suci. Hahaha senang aku nak fikir.

Okla, nak sambung main Sudoku.

Tata.
 post signature

Saturday, May 15, 2010

Keyboard Maya (Bukan Adamaya)


Selamat hari ini semua !

Buat-buat gembira sebab hari ni malam terakhir duduk kat rumah, Lepas ni dah kene pulun habis-habis buat intersesi. Ceh pulun, konon je Qila ni.

Aktiviti setiap hari aku sama je setiap hari kat rumah. Bangun pagi, buat apa yang patut, hantar ibu ke kerja bersama hati yang dup dap dub dap. Takut sey, dah lama tak bawak kereta, bila bawak rasa macam selamat ke ni.   Tapi bawak jela, Alhamdulillah Allah masih mahukan aku hidup.

Kemudian aku terus naik bilik, bukak violin. Pegang macam gitar, main-main, cari not lagu lama-lama petik petik tali. Padahal violin di gesek, apalah Qila ni memandai je, haha suka la kan. Aku rasa kalau aku gesek bunyi dia kuat sangat la, jiran sebelah ada anak kecil, kasihan pula, jadi petik je la asalkan ada bunyi lagu sudah. Aku yang baik hati :P

Jap, hari tu aku godek-godek internet jalan sana sini ke web sana sampai ke web sini. For those who didn’t have any instrument at home, jangan khuatir dan gentar, kerana korang boleh main secara online ! Yehaa. Seriusly, boleh.

Tengok ni…tadaaaaaaaaa ! Virtual keyboard.



Macam real kan, tapi ni hanya basic sebab kalau kau tengok tak de high not, ini kalau dekat violin kita panggil third position sahaja tapi masih okay !

Nak main? Klik SAYA takpun SINI.

Yelah, mana tau korang dah membosan di rumah, tiba-tiba keluar ilham nak main lagu tapi tehalang kerana tiada instrument, pergila sini. Mudah kan, kalau ada real lagi syok la, tapi tidak mengapa, gunakan yang ada dengan sebaik mungkin.

Aku dah cuba main kat virtual keyboard ni. Hee, aku kan tiada basic piano malah ni apa ni, violin different dari keyboard  tapi kalau nak tune violin boleh la pakai ni, tekan note A, gesek dekat violin tali A dengar dan tune.

Dab bila ku cuba main-main sekali dapat buat lagu hari jadi. Ahaaa ni semua kebetulan yer, entah macam mana boleh terdapat buat pula. Ni not dia..take a note…:P

D D E D G F# (f sharp)
D D E D A G
D D B A G G F#
C1 C1 B G A G

Ni pula not untuk lagu lain, tapi aku hanya dapat buat sikit je la tak sampai habis pun, sebab sebab aku tak jumpa pun not sesuai. Aih, jadi pada sesape yang pandai boleh la tolong tujuk ajar saya main keyboard virtual ni, saya tak reti la.


E A C1 B  A B A F G E
E A C1 B  A B  A F E D
D F A B
E F B A         

Ok, selamat mencuba guys . Nak berbual dengan ibu puas-puas satu malam ni, esok dah tak boleh dah.

Tata.
post signature

Tuesday, May 11, 2010

Berbaloi Baloi

Selamat hari hari semua J

Hari hari selepas ahad dan sebelum hari rabu, aku ada tertonton satu rancangan tv yang aku rasa boleh tahan. 

Pernah dengar supernanny ? Pernah atau tidak ! Hahaha konon macam ugut la, tapi yang ni bukan supernanny tapi still berkaitan nanny. Dan namanya nanny911.

Best dan ku suka.

Eleh, macam garang la ni konon

Kenapa aku suka tengok nanny911 ni sangat. tak de la sangat suka, means kalau antara mentor dengan nanny911 aku prefer nanny911 tapi kalau nanny911 dengan adamaya aku prefer adamaya la for sure ! Nak tengok Husen yang hensem tuh.

Jadi kesimpulannya ,

1. Adamaya
2. Nanny911
3. Mentor

Hahaha kita belajar susun yang mana paling important ok.Dan nampaknya nanny911 jatuh tempat silver ! Stop repeking ye.

Secara umum nanny911 ni mestila pasal nanny la pasal penjaga bayi atau kanak-kanak, ni translate dari otak Aqilah. Kenapa 911 ? sebab dia tolong family selesaikan masalah dalam 7 hari. Mungkin la, ni tafsiran sepenuhnya oleh Aqilah juga.

ni masa nanny tu beri peraturan 

Walaupun aku masih belum mempunyai anak dan aku tiada adik kecil untuk di jaga, rancagan ini sangat bagus untuk simpanan masa depan. Hahaha dah berangan dah. Tapi betul apa, kalau kita tak tau pasal cara-cara didik itula yang jadi sampai anak lari tak pun ibu bapa pukul anak termati dan apa apa ajelah. Maka, pada aku, its worth it la tengok. 

Boleh kongsi dekat semua, apa yang perlu di lakukan oleh kita untuk didik anak, nak marah anak pun ada caranya, nak pukul anak pun ada caranya semuanya kau boleh dapat dalam rancangan ni.

Semasa kanak-kanak, kita adalah sebagai penjaga. Apabila anak sudah meningkat remaja, kita dah boleh jadi teman bagi anak-anak (*_*)"v

Ok. Selamat menjadi ibu bapa yang berdedikasi semua Insyaallah :) 


Ps: Aku selalu menghadapi masalah pilih tajuk yang sesuai, aish.
 post signature

Monday, May 10, 2010

Contest : Aku Dan Makanan Itu









Hye peeps!

Memandangkan exam sudah officially tamat, aku berhajat ceh, berhajat la sangat nak join contest. Apa saja contest yang aku rasa nak join. Heeee

Jadi jadi, guys, masa aku blokwalking hari hari sebelum exam iaitu sebelum 9 haribulan 5, aku jumpa satu contest ni “Aku Dan Makanan Itu” dan ku tertarik untuk join.


Dan aku pertaruhkan? Macam aneh je haha apa-apa jelah. Gambar ini……

Yummy, ice cream yang sedap !

Nak tahu siapa punya blog ? Sila klik SAYA
  
Macam biasa, masuk contest mesti ada rule and regulation. Heee, maka inilah dia syarat-syarat yang harus aku penuhi untuk menjoinkan diri dalam contest cool ni.

  • Mesti jadi follower ku (setia x setia tu lain citer)..Done !
  • Wat 1 entry khas utk join contest ni, copy paste banner rasmi tuh, pastu link kan terus ke sini yer..=) …Done !
  • Anta penyertaan korang 1 keping jer pic okeyh. (t byk sgt aku rambang mata) 1 org ley anta 1 je PENYERTAAN tau pic korang SINGLE ok.kalau yg da bepunya ley je join, but dlm pic mesti mau single.hahaaa...^_^..x mo ramai2, t x adil. kalu nk rmi2, tggu aku wat contest lain. yg plg PENTING, pic korang tuh mesti dgnMAKANAN tau (x kesah la donat or stakat biskut kering. jnji mknn) ok??..Done !
4.  Tarikh tutup 31 mei 2010 – masih sempat, sekarang baru 10 mei jadi sempat lagi ni... Done !

H   Hadiah, nanti akan di update ! Weheee, apalah agaknya.

Ok, itu saja. Tadaaa.




Ps : Aku tak tahu apasal ada space besar sangat kat atas tuh aish.
 post signature

Saturday, May 8, 2010

Mana Satukah Kamu?

Hye selamat hari sabtu. Macam tak sangka, esok balik ke JB ! yay, becuti seminggu lepas tu sambung balik buat intersesi.


Oh ! Intersesi kali ni mega project , ceh ceh mega la sangat, hahaha adalah kene membuat satu website yang tinggi value proposition nyer. Macam macam mana customer boleh aware tentang kau punya website melalui apa? Contohnya, facebook, twitter, formspring, affiliate dan memacam lagi Kalau cantik website aku tunjukkan kat kamu yer :) 

Leceh ni leceh, dalam sebulan, ini lah yang akan dilakukan beside adalah soalan teori kan. Aih,, lemah lemah. Tetapi harus BERUSAHA !

/
/
/

Melalui pemerhatian aku sendiri. Heee, ni pasal cara orang menonton sesuatu cerita, atau berapa tinggi semangat mereka menonton cerita.


Macam situasi 1

A : hahaha
A : shittt !!!!! hahahaha
A : ah ah ah arghhhhhhhhhhhhhh

B: oit, kau tengok cerita apa?

A: cerita ni ha kelakar ! – sambung ketawa sambil mengeluarkan bunyi bunyi aneh.

A menonton cerita dengan penuh beremosi. Kalau boleh satu dunia boleh tahu, hey, aku tengah tengok cerita kelakar lah ! Hahaha. Ini adalah contoh. Kalau golongan ini pergi tengok wayang dengan pakwe cerita seram, lelaki mesti suka, sebab ada response, mana tau tiba tiba terpegang tangan eh eh opps ?


Situasi 2

A: …………………………….
Sambil muka tiada perasaan.  

B: kau tengok cerita apa?

A : Chucky

Aku suka sangat sangat cerita begini. Yeyeh


B : cerita seram tuh ? bunuh-bunuh ? Asal muka kau macam tak de perasaan?

A:………………………… - sambung tengok cerita.

A menonton cerita tanpa menunjukkan reaksi muka langsung dan tidak ada emosi langsung. Ish, entah dia ni tengah tengok cerita atau pun berangan. Aneh ni golongan ni. Tau-tau je boleh buat kesimpulan, oh cerita ni seram ! Tapi kau kau tidak menunjukkan sebarang reaksi masa menonton. Hahaha aneh yer, aku rasa dia simpan perasaan takut dalam hati, cover, ego agaknya. Tak pun, dia memang seorang yang cool tak suka menunjukkan sebarang reaksi.


Situasi 3


A: .................... sambil muka berkerut kerut
setelah lama berkerut-kerut muka tiba-tiba

A: Alah ! .........kembali berkerut muka sambil pegang bantal.




Kenapa? kenapa pulak dengan si A ni, tengok cerita sambil berkerut kerut? menahan sesuatu ker? Hahaha. Dia ni sebenarnya, sebolehnya nak cuba simpan perasaan dia semasa tengok cerita, konon tak nak bagi tau apa perasaan dia, suka ker, geram ker, geli ker apa apa ker. Tapi dia salah ! Tu la, sedang macam menahan nahan, terkeluar perkataan Alah ! sekuat tidak, pastu kembali serius. Heh ada tau ada orang macam, kalau kita tengok muka dia pun, kita dah tak boleh tahan gelak. Kelakar !



Percaya atau tidak, dengan gaya kau tengok movie, orang boleh nilai bagaimana cara kau sebenarnya. Hahaha jadi, berhati hati.

Aku, setuasi 2, kau?

 post signature

Thursday, May 6, 2010

Barula

Melaka sekarang tengah sibuk dengan pembukaan theme park baru selain A Famosa.  Sekarang, banner tergantung sana sini pasal Melaka wonderland pula. Pening kepala la, budak budak mesti teruja la ni, mentang mentang cuti sekolah masa dia bukak. Ceh tak jeles punnn.

Theme park ni di jangka akan di buka pada 15th may ni. Dan sesiapa yang nak pergi, check this out untuk dapat harga penyek. Eh harga runtuh..

1.      1.  Pergi facebook klik  “like” Melaka wonderland page.
2.      2.  Pergi hantar email dan entah apa apa yang dia nak regarding on this photo? 

Curi dari fb

         3.  Tunggu email
4.      4.  Dapat tiket for RM20 ! one ticket only.

RM20 dari RM30. 10 ringgit off, okla kan, tapi aku ada dengar ura ura yang sebenarnya tiket dia iala 40 lebih ! Tuhan, lepas duit tiket pergi balik jb. Hahaha, tapi itu semua rumors, tak tau la betul ke idok. Tapi yang ini betulla, bukan ajaran sesat yer.


Apa yang ada di sana…

Salah satu nya adalah...dum dum cha :P


Dia kata (dalam website) ini yang pertama di Malaysia ? Ahaa, nak tahu bagaimana ?Pergila..Lalala ~

Ada banyak lagi...guys you can check it to get more info by visiting this website (click ME) 

Okla..tak teruja pun pasal benda ni, tak langsung. 

Tadaa.


ps:
Bye bye kakak kakak, hati-hati pulang ke kampung. Kita jumpa lagi seminggu ya. 
post signature

Wednesday, May 5, 2010

Hanyir

sayingimages:

My Heart Will Never The Same Again

 *i had felt it before*
 *its suck!*
 *its happened over a year ago but still i can’t forget it*
 *why do my life always unlucky?*
 *but i must continue my life,what happened had made me much stronger*
 *its had taught me much*
 *( ^__^ )*

Suka gambar kat atas, penuh dengan makna, kan. Cuba perhati betul- betul dan cuba fahami. Alah ni senang je nak faham :)

Ingat ni, dan ia benar.Jangan lakukan yer, kalau renyuk kertas tu boleh di gosok, kalau hati? tak boleh gosok la.


Tadi cuba goreng telur. Yaa, nak makan tengahari buat scramble egg then makan dengan bubur. Lately, tekak sakit, tak lalu makan nasi kalau makan pun macam kene paksa masuk je. Aih, maka buatla bubur sendiri, bubur malas nama dia. Orang malas pun boleh masak. Hee

Bila scramble egg siap alah telur hancur-hancur tu siap, amek mangkuk cedok bubur amek telur sikit letak kicap, duduk di depan laptop makan sambil baca blog.

Baca je, tak boleh komen, speed internet makin slow, betul sangat slow. Jadi baca je lah, no choice.

Sedang hirup bubur, terbau hanyir. Hanyir = telur.

Yup, hanyir dari telur. Even telah di masak, kenapa entah, aku tak boleh bau telur tu. Telur bawak ke tepi, janya makan bubur kicap. Bau dia sangat kuat (pada aku : boleh buweek. Err hanyir)

Plain tapi puas. Tak de hanyir. Dan tadi bila ternampak telur hancur atas meje, tadi aku amek sikit je ada lagi atas meje, terasa macam nak buang je telur tu. Hanyir.

Sekarang aku tak boleh makan telur tak tau sampai bila.

Dan kepada housemate, ambilla baki telur belum masak sebagai lauk kamu ok. Pangkah untuk telur. 
post signature

Satu Dua Tiga Kata



Tonsel.

Alah tak de la teruk sangat kan.. Just sakit tekak biasa, yeah itu dulu. Persepsi aku terhadap tonsel. Nowdays, aku dah berubah. Tonsel bukan satu penyakit yang boleh di bawak main-main.  Dia boleh membawa kepada pembedahan.

Eeee macam kene kelar gitu leher bila nak buang tonsel. Sebab sebab its happen, one of my aunty, kene buang tonsel dan aku nampak ada satu garisan di leher. Ngilu.

Cerita pasal ngilu plus geli plus nak muntah, aku try untuk hilangkan bende alah ni dengan tengok “Saw”, “long kong” dan gambar gambar macam sembelih orang la, orang mati kepala pecah la, aku tengok untuk atasi rasa ngilu plus geli plus nak muntah. Huh

Orang kata, jika kita nak atasi fear, we must face it. See, aku face it la tuh. Hahaha but still, bila terenang pada diri, tetap rasa takut. Hahaha, mission tidak berjaya.

Berbalik kepada tonsel, when i google up apakah punca-punca terjadinya tonsel aku rasa itu adalah puncanya KOT. Apa? Apa? Eat without clean your hand, satu.

Aku rasa, its me. Bukan pengotor ! bukan bukan, dia kata nak makan pastikan makanan itu betul betul clean, cleanliness is important before you swallow anything. Sebab ia mungkin telah di cemari oleh habuk or whatsoever terms in science. Aku da jadi ex science student, dah lupa. Hahaha

Nih, contoh gambar, biar je la kecik, aku pun geli la! Kau nak tengok, google la sendiri. 

Sekarang, bila aku nak makan, aku akan ke toilet, cuci tangan menggunakan sabun mandi sampai aku rasa puas. Bukan la bermaksud sebelum ni tak basuh tangan, basuh cuma without sabun, sekarang kene lebih precaution.

Nah, ini cara membasuh tangan yang ideal. Save jadikan wallpaper ok. 


Ada lagi punca tonsel adalah disebabkan tekak kita kering dan tiada air. Faham? Kiranya macam kau jangan sesekali biarkan kau rasa tekak kau haus sebab dia akan lebih burukkan tonsel kau. Jadi, sekarang aku pastikan air masak sentiasa di sisi even tido sekali pun. Hee.

air kosong / masak / jarang. Haa, pilih mana korang panggil. 

Kalau tonsel dah bengkak dan nanah, tiada cara lain melainkan kene buang. Uh, seram.

So kawan kawan, amalkan ini yeah untuk avoid tonsel. Don’t be like me, dah kene baru nak cari punca. Akan lebih berhati-hati.

Tata.


Ps:
1.       1. Masa 5 hari untuk paper terakhir ! Its marcom (marketing communication), semoga tuhan memberkati ilmu ku dan kawan kawan.
2.       2. Gula kapas warna pink macam sedap ea.
 post signature

Saturday, May 1, 2010

Craving Lagi ?

Sejak akhir akhir ni, aku asyik craving makanan je. Paling first dan ku rasa ni la punca dan penyebab utama aku craving another foods adalah number 1 ! Ces, and it lead to another dan aku tak tahu lepas dapat makan muffin apa lagi yang ku ingin makan. 


1. Bubur Chacha
2. Cendol
3. Asam Laksa
4. Nasi Lemak
5. Teh Ais
6. Muffin - Latest !

Bubur Chacha. Done !


Asam Laksa. Done !


Cendol. Done !


Teh Ais. Done !


Nasi Lemak. Done !

Ok. Patut berlari ke jusco bandaraya untuk ke kenny rogest dan dapatkan muffin ni ASAP. Tata.
post signature