Tuesday, November 13, 2018

2018

Hi Assalamualaikum

It’s been a while. Bukan a while dah bertahun 😅
Alhamdulillah Baru Baru ni Aku Baru je delivered seorang lagi baby girl. Macam Tak percaya now I have 2 kids 😅

Awal tahun 2017I was so happy tapi in the middle sampai lah akhir tahun semuanya muram. Ibu telah di jemput Ilahi pada bulan 4 tahun 2018. Sedih sangat bila ber cakap tentang ni. Even until
Now Bila orang ber cerita tentAng Arwah ibu (kebaikkan dia Alhamdulillah ) muka senyum
But deep down in my heart I was crying. Semoga ibu sentiasa bersama sama para solihun di sana.

Hurm
Awal tahun 2018 pula Allah beri berita gembira. Allah tiupkan roh dalam rahim Aku buat kali ke 2. Now dah keluar pun Budak kecik ni.

Cantik Dia aturkan perjalanan kami.
Syukur

Thursday, February 25, 2016

Review - Babywrap by Makyang

Baby wrap merupakan baby carrier pertama yang aku gunakan. (kehkeh skema betul ayat)

Ok, aku beli baby wrap ni sebab nya, masa Madiha umur 2 bulan dia tak boleh kena tinggal sekejaaaaap pun. Mula la ek ek ek (which is aku tak berapa gemar biarkan dia ek ek ek sendirian)

Sometimes terpaksa tahan lapar n off semua kerja rumah sebab dia memang kaki kepit hahaha.

Back to review kan tajuknya..

Apa yang aku suka dengan baby wrap by makyang ni:-
Easy to use.
 Tak perlu lilit lilit. (Tapi now aku rasa lilit lilit macam cool pula. Sejak one of my friend invite ke group baby wearers. Nak cuba satu hari nanti! )

Yang aku tak suka dengan baby wrap by makyang ni :-
A bit panas for Madiha
Aku selalu ber wrap di rumah. And kalau pakai more than 40 minutes +-, badan Madiha jadi berpeluh-peluh. Rumah memang xber ekon. TAPI bila dekat mall, sekejap je dia tidur! nampak macam selesa sangat. (even though ramai mata memerhati kami)

ok tu je review kehkeh sebab tak pernah pakai/cuba wrap yang lain :P

oh ye, satu lagi aku sedikit musykil, is this type of wrap been approve by MBW? sebabnya, aku tak pernah lagi nampak anyone post out about this. Hannah wrap pernah dengar and belum di approve. For this one , im not really sure.

Anyway...im not using it anymore since Madiha getting bigger (read: heavier). Aku pilih ssc Boba 4g sebab ada padding tebal & daddy friendly (next time aku review, belum officially guna lagi :P) Hopefully Madiha suka or else sodih ummi dia ni haa yang teringin nak mengendong LOL.

eh jap. Here you go..aku copy paste from Baby wrap by Makyang for your reference. Hope it help! 

FB: Babywrap by Makyang

1. Material apa ye?Material adalah' jersey knit, interlock’, daripada cotton-polyester blend. Material ini ada berbagai gred dan pihak kami pastikan hanya jersey-knit yang berkualiti digunakan. Untuk corak bahagian depan, kain adalah ‘designers cotton’. 

2. Kain ‘stretchable’ ke?Ye stretchable. 

3. Kain tu tak panas ke?Tak panas, tak sejuk. Sederhana.

4. Kain tu tebal ke?Tak tebal tak nipis. Sederhana.

5. Boleh dibasuh? Boleh dibasuh dengan mesin basuh (delicate-wash) atau basuh dengan tangan.

6. Boleh pakai sampai berat baby berapa ye? Untuk stretchy wrap, boleh pakai dari newborn hingga bayi 8-9kg (dalam umur setahun). Saya pakai sehingga anak saya berumur setahun dan 9kg. Wrap paling sesuai untuk range umur ini terutama newborn, sebab newborn suka berdakap dengan ibu, rasa macam dalam perut ibu dlu 

7. Berapa harga nya?RM95 untuk wrap. Pos rm10 ke semenanjung dan rm15 ke Sabah/Sarawak.

8. Berapa minggu siap?Mak Yang hanya menjual ‘ready stocks’. 

9. Oh ada saiz ya? Ye ada saiz. Wrap ini mengikut saiz ibu, bukan saiz baby. Jadi tak ada masalah jika baby membesar. Ibu perlu memberi saiz baju yang biasa dipakai (jika fit sedikit) untuk dipadankan dengan saiz wrap. Selain itu, ini sedikit guideline untuk saiz wrap berdasarkan saiz badan 

10. Macam mana nak pakai?
Cara pemakaian macam video ini yahttps://www.youtube.com/watch?v=ZOFE7490xxM

11. Material semua tested baby-safe? Jahitan selamat? Material adalah jersey knit, interlock yang sesuai untuk stretchy wrap (jika dipakai mengikut berat yang bersesuaian). Ia meregang sehala, bukan dua hala. Jahitan 'double-stitched' supaya lebih kuat jahitannya.

12. Boleh ‘handsfree’ ke?Ye boleh. 

13. Boleh breastfeed baby ke?Ye boleh. Tapi Mak Yang tak pernah cuba. Sila google/youtube cara-cara nye untuk menyusu bayi dalam wrap.

14. Kenapa murah? Kenapa tidak :) Murah tidak semestinya tidak bagus :) Wrap ini menggunakan material tempatan, dan hasil tangan tempatan, maka menerangkan kos nya yang rendah berbanding produk import yang lain. Mak Yang tau dan Mak Yang pernah rasa, sebagai parents terutama apabila baru sahaja mendapat bayi baru, banyak belanja diperlukan. Jadi Mak Yang buat yang mampu milik untuk alternatif bagi ibu-ibu :) 

15. Material wrap komersil yang original macam mana?Mak Yang tak tahu nak terangkan material original macam mana. Ibu-ibu boleh pergi kedai dan rasa sendiri materialnya. 

16. Macam mana nk tengok ‘designs’?
Rujuk album Baby Wrap Ready Stock dan order di sini ya.
ORDER FORM: http://www.jotform.us/form/50571206440142
Hanya order di order form akan diberi keutamaan :)

17. Cara bayaran?Ke Maybank2u 566010612004 - Baiturrahim Enterprise. Semua bayaran harus dibuat sebelum pengeposan.

DISCLAIMER
Sila periksa wrap anda untuk 'wear & tear' sebelum dipakai. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap insiden yang berpunca dari kelalaian pelanggan dalam memeriksa keadaan wrap sebelum dipakai atau cara penggunaan wrap yang salah.

Me while ber-baby wearing with makyang wap :) 

Bye. Assalamualaikum.

Monday, February 15, 2016

Bola

Assalamualaikum

Aku kat johor sekarang ni. Bercuti lama selepas maternity leave 3 bulan. (Kehkeh, macam aku kerja pula)

Sabtu lepas ada perlawanan bola JDT vs Selangor. Aku pun baru tahu selepas Ijan mention dekat whatapps dia otw ke Larkin. (Ada bola ea kat Larkin, lol)

Nak cerita...Ibu memangla suka sangat bola ni. Memangla Dari dulu kala. Aku masih lagi belum brain dengan bola Dan segala macam jenis sukan bola mahupun tidak. Haha kaki bangku.

Jadi malam tu, Ibu tengok bola aku tido kan Madiha. Yang lawaknya..

Setiap gol panalti Ibu datang ''yay, JDT gol'' secara...

Bisik..(sila bayangkan, macam yusoof tayuub) kehkeh

Saturday, February 13, 2016

Review - Stroller Sweet Cheery Akida

Hi

Percaya tak, aku masih lagi suka baca review dari blog dari blogger lain untuk setiap apa yang aku nak beli. Barula macam puas gitu baca pengalaman orang lain kan.

Jadi aku nak review 2nd stroller yang aku baru beli  2 3 hari lepas ni, sebagai rujukan sesiapa mommy yang tersinggah di blog ni.(bukan niat nak menunjuk harta, sekadar berkongsi rasa...ewaaah, haha)


Akida Stroller -  Sweet Cheery



Aku pilih untuk beli ni sebab :

1. Ringan - berat dia dalam 4.9kg sahaja. (Berat lagi Madiha lol) serius boleh nagkat satu tangan. Sangat suka!

2. Seat dia boleh baring habis. Flat la, sesuai untuk baby yang masih tak tahu nak duduk secara tegap.

3. Revise handle. Maksudnya die boleh facing parent dan juga kedepan.

4. Harga murah dengan ketiga-tiga ciri aku nak. Eh apesal sikit sangat ciri aku nak...haha oklah, sebenarnya satu lg ciri tak tercapai iaitu compact stroller. SEBAB bila kita lipat stroller ni dia agak besar compare to Aldo yang super kecik tu.

Cons tentang stroller ni :

1. Stroller dia tak sturdy macam stroler besar (besar ni subjektif. sebenarnya aku compare dengan 1st stroller travel system, next post la aku review pula. Kalau rajin, xjanji, kehkeh). Sebab tayar dia tak ada getah. Faham tak ea? Jap, aku try goggle gambar.

 
Ni bukan Akida stroller punya wheel, dia ada getah. Which is, aku rasa dia sangat sturdy bila tolak. tak ada goyang inul..lol

Ini pulak, wheel Akida stroller. Nampak kan beza? 

2. Bila kita lipat dia tak ada la secompact stroller Aldo, babyzen yoyo, babt throne, yuyu, yoya, yoyo, yiyi da sebagainya.Dia juga bukan seperti payung bila kitaa lipat. dia macam ni. 

Tak kecik, tapi boleh muat letak kat seat depan Myvi. (Nampak macam sado pule perempuan tu)


3. Dia tak ada stroller pad yang tebal macam stroller Halford, combi..jadi kenala beli extra stroller pad biar kasi tebal dan empuk.

4. Aku hampir terlupa nak mention ni, Stroller ni aku rasa dia memang mean untuk hadap depan. So bila kita revise handle untuk ke facing parent (facing muka kita la) agak susah sikit nak tolak. SEBAB...tayar dia 1 fix, 1 lagi boleh 360 pusing. Faham tak ya, kalau tak, boleh try di jusco, hehehe. Tapi aku okay je.

Okla itu sahaja.
Aku beli harga RM350. (Sebenarnya aku berkenan brand Combi, tapi itula orang kata ukur baju di badan sendiri, haha)

Selesa? Pic tell a thousand words :D


Bye, Assalamualaikum.

Hi 2016

Hi
i am back in 2016. Hopefully tahun ni akan menjadi lebih rajin mengupdate (i wish)

Madiha birth story part 2 masih belum di buat. And to be frank, aku hampir lupa rasa sakit bersalin tu macam mana *krikrik

well, 2015. ye tahun lepas, tahun yang agak tough for us husband n wife. Paling terkesan adalah...hurm aku dah lupa lagi. Sejak lepas beranak ni, macam lupa-lupa selalu..mungkin urat dah putus banyak. Haha

Malas la nak ingat apa terjadi 2015. Eh tapi, aku nak welcome new family member untuk blog ni. Hehehe

NUR MADIHA
Lahir pada 2/11/2015 (macam tak percaya aku dah ada anak)

Jadi Madiha, awak boleh baca semua yang ada dalam blog ni dan ada beberapa post ditujukan untuk awak even awak masih belum wujud. (aku pun tak kawen lagi masa tu)



Baby cheeky. Geram betul.

3bulan
Berat: 6.2kg
Tinggi: 62cm

ok dah. Bye, till the next post (yang aku tak tahu la bila)

Assalamualaikum.