Sunday, August 29, 2010

Terkenang Lagu Raya

Hari ni, pagi-pagi dah dengar lagu raya :)

Dari Kak Gg punya laptop. Banyak betul koleksi lagu raya...aku rasa, aku tak dengar lagu raya tu ulang-ulang pun. Kalau ada pun, macam tak de. Haha

Bila dengar lagu raya, mesti teringat zaman part 1. Masa kene buat video mandarin. Hahaha kelakar, pasal raya. Dibuat dalam masa semalam. Sebab ingatkan nak kene hantar hari isnin, ahad petang baru start shooting. Gila berani. Hahaha  tengok-tengok,group kiteorang je yang dah siap dulu. Lecterur sebenarnya nak tengok script je. Ces !

Usaha sama dari Syaza, Izan, Fathiyah, Ain dan Fara err termasuk aku.

Terima Kasih :) Sebab dah jadi macam eemm *thinking..errr, entah ea aku lupa la the exact name, lupakan. Hahaha.

Saksikanla..Hee

Ps : Mood balik kampung !
post signature

Thursday, August 26, 2010

SOS Go Green ?


Aku attend satu projek bagi budak Marketing part 5 yang amek subjek Environment. Saje datang, support kawan-kawan. 

Usaha dieorang ubah level 4 jadi begitu hutanis. Hee. Cantik !
Tengok je la gambar.. :)

Pokok tu dinding..aa haha




 Antara pameran yang ada..

 
Aaaaa our products ! product yang masih tak terjual masa kat KAGUM hari itu..Thanks Syaza's group ! - Dia tolong buat pameran sambil menjual !

our sign as we support this "go green" campaign

Aaa product handmade kami berjaya dapat tempat ke 2 sebagai product recycle yang berguna. Yay ! happy..


Kat sini aku berkenalan dengan rabbit, mr and ms rabbit ! comel, tak sangka rabbit ni pandai keletah macam kucing. Aaa dah jatuh hati dengan rabbit. Nak la beli satu after raya, harap ibu ok.


Banyak pameran kat sini. Dan banyak juga pamphlet pasal environment ni.
Tapi

Satu pamphlet ni yang menarik perhatian aku la. Pasal SOS. Bukan sos topup tu ker, bukan bukan..ni satu kempen. Yang rasanya, aku boleh sertai ! Yeaaah berkobar. Hahaha..

Duta dia Chef Wan.

Dalam kempen ni, dia ada cakap pasal jenis ikan apa yang patut kita makan, yang patut kita elakkan dan kurangkan. Sebab cara penagkapan ikan-ikan ni macam boleh musnahkan spesis ikan-ikan ni akan datang.

Dalam pamphlet tu juga cakap yang dalam masa 4o tahun lagi kita mungkin akan hilang sumber laut sebab corak pemakanan kita sekarang ni. Dia kata lagi, stok ikan dasar laut kat Malaysia ni dah merosot hampir 90%.

Cuba bayangkan tak de lagi ikan/sumber laut masa akan datang...

Tak dela susah sangat kempen ni. Senang je. Ikut apa yang dia kata kat guide je...:)

how to fold 1
Boleh download kat sini !

Memandangkan sekarang ni aku memang dah kene kurangkan makan seafood atas sebab tertentu, aaa aku sokong kempen ni ! Wehee, kamu? sokong?
post signature

Monday, August 23, 2010

Soldier Kalah Lagu Raya

Masa pergi dataran pahlawan, lagu raya kuat terpasang. Wow, jalan kat kaki lima dia je pun dah boleh dengar lagu raya. Aaa pertengahan puasa la katakan.

Masa dalam surau pun sama. Dah ada orang buat ringtone raya dah. Ai ai ai, tak sabar gamaknya. Hahaha

Ok la. Aku cuma nak cakap, aku jatuh cinta dengan lagu ni. Soldier, Bunkface ! Wehee, kalah lagu raya. Dengar ulang-ulang pun masih suka.

:D senyum lebar-lebar. Dengarla..



ps: banyak banyak lagu raya, aku tetap suka lagu ni "kuih dan muih beraneka macam lalalala pakcik dan makcik asyik bersembang lalala duit raya lupa nak diberi.." ala yang anuar zain dengan elina tu, aaa aku lupe tajuk dia. 
post signature

Sunday, August 22, 2010

Idaman Bulan Puasa

Tadi datang kelas. Ada kelas ganti Agro. Aku suka part Prof cakap,

" orang berpuasa akan mengidam masa pertengahan bulan puasa

Aaaa part ni aku setuju. Memang sekarang craving aku sangat tinggi. Aku nak makan coklat, aku nak makan jambu, aku nak makan bubur lambuk, aku nak kuih cara, aku nak murtabak, aku nak ayam tempayan?, aku nak kuih abok-abok,  aku nak nasi ayam, aku nak semuaaaaaaa makanan la. 

Ok dah. Kepala aku penuh dengan list makanan yang aku nak makan. 

Bazaar jauh. Kalau ada kereta tak jauh. Kalau aku nak pergi kene naik bas. Jalan kaki dalam 10 minit? Aku tak rajin laa.

Minggu lepas aku ter ter sangat nak makan puding kastard. Aaa punca lepas aku ternampak ijan makan puding kastard yang dia beli kat bazaar. Fuuh tergoda nafsu makan ku.

Apa lagi..pergi giant beli barang untuk puding pastu buatla. Dapat makan banyak dan puasnya. Yey !  Haha nampak gila macam terdesak nak makan. 

Lebih kurang la macam ni puding tu, aku punya macam lain sikit, macam terlembik je kastard dia tapi rasa ok la. 


Yang ni khas untuk Fathiyah eceh hahaha. Nanti kau dah buat jadi jangan lupa aku tau, nak sikit :D

Bahan-bahan puding

Tepung kastard 1 cawan.
Air masak 5 cawan
Susu cair 1 tin - tak nak letak pun tak pe
Gula pasir 1/2 cawan
Garam 1 sudu kecik

Masuk semua di atas dalam periuk. Kacau sampai tak de yang berketul. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau kalau tak nanti dia macam ketul-ketul. Kacau kacau sampai likat. Pastu tuang dalam bekas. Biarkan sejuk dalam suhu bilik, lepas tu baru masuk dalam fridge. 

Kuah 
Bahan-bahan

1 tin cocktail fruit
susu cair 1 tin
Gula pasir 4 sudu - ni ikot suka kau, kalau rasa nak kurangkan gula pun ok.
Air masak- ikut suka, haha yela kalau nak banyak letak air banyak tapi balance kan dengan gula tadi la

Masuk semua bahan dalam periuk. Biar kan sampai didih. Sejukkan. Pastu nak lagi sedap masuk dalam fridge :) 

Ok dah. Selamat mencuba Yah. Dan korang semua yang nak cuba buat. Tak jadi jangan tanye aku kenapa tau. 

Misi seterusnya..
Bubur lambuk ! Bersediala mamak, aku datang beli rempah esok. Yepeee !
post signature

Thursday, August 19, 2010

Aku Bukan Merungut

Aku bukan nak merungut.

Hari isnin dalam pukul 10.20 pagi aku hantar borang practical, sebab nak ada letterhead baru boleh post resume. "berapa hari letterhead boleh siap?"

"2 hari boleh..rabu datang amek.."
" ok, thanks"..berlalu menuju kelas





Hari rabu dalam 2.00 petang. 

Untuk letterhead yang dah siap memang dia sediakan satu kotak khas. Aku pun cari aa nama aku, kata rabu?. cek cek punya cek.

HAMPA. Tak de. Tanya dia.."letterhead yang saya hantar isnin hari tu tak siap lagi ea?"

"aa awak, farah aqilah kan. satu pada lecturer, satu lagi belum siap..nak buat la ni.."
" oo ok", - baru nak buat?

Petangnya dalam pukul 5.30 petang. Datang lagi sekali, sebab tak puas hati..kot kot dah petang ni siap ar letterhead tu.

Cek cek punya cek. Aku nampak nama kawan aku yang hantar borang tu semalam, letterhead dia dah siap. aku?

TAKDE.

" emm awak, saya punya letterhead belum siap lagi ye? yang bank tu? "
" aa farah aqilah, belum la, tak sempat"- kemas-kemas meja nak balik.

" kenapa budak yang hantar semalam dah siap, saya hantar isnin tak siap-siap?"
" aaa, awak punya borang tu dah bertindih-tindih, sekarang dah kebelakang sangat, tu yang lambat" - tersengeh-sengeh sambil kemas barang.


@#%$%^&%$ borang aku dah kebelakang? apa benda ni? orang hantar lambat la sepatutnya kebelakang. Mood aku hampir spoil la dengan benda ni. Buat kerja macam !@%#%. Aku bukan mencarut. Geram yang tak terlepas.

Esok aku nak pergi lagi, dan kalau dia kata takde sambil tersengeh, aku tonyoh stepler kat muka dia.

Aku bukan merungut. 


Bukan rezeki kau dapat awal. At least, hati aku boleh tenang. yeee tak kesah yang itu. Aku jadi @@@#%# bila dia kata aku punya borang dah kebelakang sebab orang lain baru hantar? tak reti buat keje ke? sistem no? tak reti? no 1 dengan no 100, no 100 harus di layan dulu? !@$#@%$%

Lagi sekali aku bukan mencarut dan merungut.
post signature

Tuesday, August 17, 2010

Bazar? Tak Nakla


Jom la kita gi bazaar.

Tak nak la, nak ibu masak, penat qila balik sekali sekale gi bazaar buat apa..kat Melaka pun ada bazaar. Lagipun lama tak makan ibu masak. – sengeh sengeh.

Mengade. Nak makan apa?

Apa-apa je, telor goreng pun boleh, asalkan ibu masak. 

Malas.

Hahaha




# Seriously, ibu masak semua sedap walaupun hanya telor goreng. Ibu korang pun masak mesti sedap, kan kan. Macam ayat bodek tapi ni realiti. 


Ibuuuu nanti qila balik buatkan laksa johor banyak banyak ! 
post signature

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Puasa


post signature

Monday, August 9, 2010

Tamat KAGUM

Karnival Gerak Usahawan Muda 2010 officially tamat.

Aaaaa lega. Terima kasih kepada yang keluarkan duit beli barang-barang handmade kami. Ada yang suruh customize, tapi belum siap.

Satu nama.
Satu gambar sin chan.

Esok mungkin siap. Mungkin tau. Heee
Barang terujual 31 dari 42 barang. Alhamdulillah.

Banyak cara yang dibuat untuk jual. Masa hari sabtu, sales macam tak memberangsangkan langsung. At last, aku dan lin jual secara direct selling. Pergi masuk dalam MC(melacca central), promote. Dan yaaa, masa jual secara direct selling yang tak sampai 1 jam, dah terjual 8 buah beg.

Muka kena tebal beb, malu tu approch sorang-sorang. Tapi puas hati.

Kalau promotion jangan cakap, pergi tesco edarkan flyers, selitkan flyers kat kereta la. Macam-macam.

Masa kat karnival, aku main go kart. Aku teruja sikit bila nampak ni. Terus perasaan membuak-buak naik main. aaa nasib baik lepas aku main ada orang lain nak main, kalau tak memang go kart tu aku memunya la. Hee

Keseluruhannya ok. Dapat pengalaman walau macam kelam kabut event ni. Tapi yaa bak kata pengarah kampus Y. Bhg. Datuk Prof Madya Dr. Mizan Bin Hitam event ni berjaya.


Terlupa.
Nak ucap terima kasih kat group members Norizan, Fathiyah, Fazlin dan Nadeyya yang bertungkus lumus jayekan carnival ni. Tak lupa juga buat Anis untuk beg beg handmade dan Fathiyah Kamaludin untuk camera dan headband. A big TQ !

Penutupan

Tarian 1 malaysia dari SWM

Moto ni aaa, tinggi sangat,terjongket-jonket aku nak naik

Booth nestle, yang best kat sini air tin dia 4 botol 5 ringgit


 Ahad pagi, kemas kemas

 Bye 
post signature

Thursday, August 5, 2010

Hari 1 : KAGUM

Harini 1st day karnival. Remember pasal handmade? beg kertas? Yay, kami buat untuk karnival ni la. 

Karnival under subjek Issues Marketing dan dengan terbuatnya karnival ni kami akan dapat 40% untuk final. Another 60% dari forum yang akan dibuat after raya. ps: gila tak sabar nak raya, nak kutip duit raya

Penat. 

First day tak berapa meriah. Promotion kurang. Tempat tak strategik. Damn. Tapi, yeah mereka dah bersusah payah, aku terimala. At least, hari ni tak mengecewa sebab dah 7 buat handmade beg terjual ! Yay !

Dan kamu kamu pembaca blog ni, you are most welcome untuk datang ke Karnival Gerak Usahawan Muda Melaka 2010 ni..di Melaka Central dari pukul 8 pagi sampai 10 malam sepanjang 4 hingga 8 ogos ! Jangan lupa singgah di booth Jonkang Jongket :) 

The rest..tengok gambar je la ea :) 








Pameran recycle :)




Nadeya sebagai ketua biro kebersihan.

Booth nestle..

 dan aku dah daftar SPR ! tapi tak tahu nak undi mana..kahkah


End day 1.
post signature

Wednesday, August 4, 2010

Dinner

Hadiri dinner pada sabtu malam. Cuak, sebab rasa macam diri memang tak kan menonjol. Ahh. Selalu dinner sebelum ni, kawan tolong makeup kan. Sebab aku memang hancur bab makeup.

Tapi tapi tapi, kali ni. Pecah record ! Aku makeup sendiri, dan aku agak satisfy la dengan kerja tangan aku sendiri. Kahkah. Walau cara pemakain takbetul, masih belajar. Youtube banyak membantu.Cuba type makeup for dinner, banyak yang keluar. Pilih je la..

First time pakai eyeliner sendiri. 
First time pakai consoler sendiri
First time pakai faundation sendiri
First time pakai eyeshadow sendiri
First time pakai bulu mata palsu. Damn, tak jadi aku bukak..asli saje.

Mungkin, aku dah kene tau basic makeup la..sikit pun jadi. Kan kan. Walau aku sungguh tidak gemar bermakeup. Tapi, dia macam evolution diri sendiri. Diri patut berubah. Ceh. Haha

Okla.
Dinner makanan superb ! Sedap giler, lagi-lagi lamb chop. Ngigau sampai sekarang. Sedapnyaaaa, rasa macam nak pergi makan lagi. 

Dan yang paling heaven selain makanan, adalah bergambar la. Perempuan dengan gambar, memang sukar di pisahkan. Hahaha

Nah..some random pictures dari aku. 
(bukan aku, dari kawan-kawan celok kat fb)


Classmate, joget joget. Cool !

No meje

Doorgift, suka ! beg kecik comel.


Nadeya suapkan..auw 

 Makanannnnnnnnn



Motif aku pakai baju hitam sebab nak nampak kurus ! Haa menjadi kan menjadi.
post signature